Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Hari Ini Dalam Sejarah. Show all posts

07 July 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Hari Peneroka


Sambutan Hari Peneroka Felda 2011 telah diadakan 7 Julai 2011 di Stadium Mini Bandar Pusat Jengka. Ia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Sempena dengan sambutan Hari Peneroka ini juga PM telah mengistiharkan Bandar Pusat Jengka ditukarkan kepada Bandar Tun Razak Jengka. Ini bagi mengenang jasa Tun Razak yakni PM ke 2 merangkap ayahanda beliau kerana telah membuka Felda 55 tahun dulu.

Walaupun aku bukan anak Felda mahupun bekerja dengan Felda, kejayaan ini harus dikongsi bersama segenap rakyat Malaysia. Kejayaan ini menggambarkan idea penubuhan Felda oleh Tun Razak sungguh bernas.

Info Felda:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. 
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.  
Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

sumber: felda.net.my

01 July 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Berakhirnya 60 tahun Malaysia-Singapura

Mulai jam 12.00 malam tadi berakhirlah operasi perkhidmatan keretapi tanah melayu (KTMB) ke negara Singapura di Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Bukit Timah. Mulai hari ini perkhidmatan KTMB akan berakhir di Woodlands Train Checkpoint.

Info:
-Stesen Tanjong Pagar juga di kenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road
-Stesen Tanjong Pagar mula beroperasi pada tahun 1932 manakala Stesen Bukit Timah pada tahun 1903
-Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sepanjang 14 kilometer, manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjung Pagar adalah 10.25 kilometer.
-Perjalanan Bukit Timah-Tanjong Pagar bermula secara rasmi pada 3 Mei 1932
-Bangunan senibina Stesen Tanjung Pagar bercirikan art-deco yang mementingkan nilai-nilai kesenian.

Hari ini stesen ini pasti menjadi sejarah yang tidak akan lupus di dalam memori masyarakat Malaysia dan Singapura khasnya mereka yang pernah menabur bakti mahupun menaiki pengangkutan ini. Stesen Tanjung Pagar melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.


sumber gambar: dkosonglapan.blogspot.com/2011/07/stesen-keretapi-tanjung-pagar-bukit.html


sumber gambar : berita harian

sumber cerita : utusan malaysia, berita harian, mstar, mot.gov.my, rac.gov.my

04 June 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Daulat Tuanku


Sistem Monarki Malaysia


1.      Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.

2.      Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. Ketua kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
3.      Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja
4.      Yang di-Pertuan Agong mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183).
5.      Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.
6.      Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman


Senarai Yang Dipertuan Agong


1.    Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2.    Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3.    Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4.    Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5.    Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6.    Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7.    Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8.    Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9.    Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-kini