07 July 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Hari Peneroka


Sambutan Hari Peneroka Felda 2011 telah diadakan 7 Julai 2011 di Stadium Mini Bandar Pusat Jengka. Ia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Sempena dengan sambutan Hari Peneroka ini juga PM telah mengistiharkan Bandar Pusat Jengka ditukarkan kepada Bandar Tun Razak Jengka. Ini bagi mengenang jasa Tun Razak yakni PM ke 2 merangkap ayahanda beliau kerana telah membuka Felda 55 tahun dulu.

Walaupun aku bukan anak Felda mahupun bekerja dengan Felda, kejayaan ini harus dikongsi bersama segenap rakyat Malaysia. Kejayaan ini menggambarkan idea penubuhan Felda oleh Tun Razak sungguh bernas.

Info Felda:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. 
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.  
Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

sumber: felda.net.my

No comments:

Post a Comment