22 November 2011

Emas Bola Sepak Sukan Sea Kekal Milik Harimau Malaya

TAHNIAH buat HARIMAU MALAYA kerana terus mengaum dalam arena bola sepak. Malam semalam dengan penuh debaran kita akhirnya merangkul pingat emas bola sepak sukan sea 2011. Kita berjaya mempertahankan gelaran ini yang dimenangi dua tahun lepas di Laos.

Kemenangan dramatik penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan menceritakan segala-galanya. Rasanya aku tak perlu ulas panjang berita. Satu Malaysia sudah tahu kita adalah pemenang pingat emas bola sepak sukan sea 2011 indonesia.

27 October 2011

Real Steel




Aku dah tengok movie ni. Memang terbaik. Ada ATOM, AMBUSH, MIDAS, TWIN CITIES, ZEUS, NOISY BOY.

5 *****

Oktober ini..

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukkan membataskan pergerakan jari-jari ini untuk mencoret berita-berita terbaru. Untuk memeriahkan kembali blog ini aku ringkaskan bulan ini punya cerita.

  1. Bulan ini aku bercuti bersama isteri tersayang di dua pantai peranginan iaitu Cherating dan Port Dickson. Kami ke Cherating kerana aku menghadiri kursus ISO 17025: Introduction and Awareness. Manakala ke Port Dickson kerana isteri aku membawa pelajar-pelajarnya mengikuti program motivasi kecemerlangan SPM. Perkara paling best adalah kedua-dua percutian dalam pekerjaan ini adalah percuma kerana ditanggung oleh majikan masing-masing.
  2. Berita kematian Muammar Gaddafi yang agak sedih dan tragik. Mati ditembak pada jarak dekat. Kemudian mayatnya diusung keliling bandar dan akhir sekali dipamerkan di Pasaraya. Sungguh tidak berperikemanusian. Walaupun semasa memerintah dia agak kejam tapi janganlah diperlakukan mayat saudara seagama kita begitu. Al-Fatihah..
  3. Berita tentang seorang budak yang dilanggar 2kali oleh kenderaan di China menghiasi dada akhbar dan media sosial. Semua melahirkan rasa kasihan dan marah terhadap kejadian tersebut. Kemudian keluar pula cerita tentang kenapa orang tidak mahu membantu kanak-kanak malang tersebut selepas dilanggar. Semua pengguna media sosial share perkara ini. Tak tahu la betul atau tidak.
  4. Berita yang agak sedih dan pahit ini terpaksa aku terima. Pasukan favourite  aku yakni Manchester United telah tumbang kepada jiran setempat Manchester City di gelanggang sendiri. Yang menyakitkan hati lagi adalah dibelasah 1-6 oleh kelab jutawan Arab ini. Memang agak perit dihina oleh rakan-rakan tapi aku yakin United pasti bangkit dan kejuaraan ke 20 bakal diraikan Mei nanti. Glory Glory Man Utd...
  5. 29 Oktober ini bakal berlangsung perlawanan terbesar bagi bola sepak di Malaysia yakni Piala Malaysia 2011. Menemukan pasukan Hoben Jang Hoben  dan Peteh Ganu Peteh. Belum lagi perlawanan dilangsungkan kehangatannya telah dirasai oleh penonton. Bukan disebabkan oleh kutuk mengutuk antara penonton tetapi adalah tindakan FAM bangsat  mengenakan tiket dengan harga RM50 untuk semua tempat duduk. Penyokong kedua-dua pasukan termasuk yang berkecuali ingin mengambil tindakan memboikot perlawanan akhir ini. Namun dengar cerita hari ini tiket telah habis dijual di STAR Paroi dan SSINS KT.

24 August 2011

Aktiviti Baru

Sejak kebelakangan ini aku ada satu aktiviti baru yang membuatkan aku ketagihan. Setiap masa pasti nak check. Siang ke malam ke waktu kerja ke atau semua waktu yang ada aku teringatkan benda ini. Memang tak boleh nak kawal lagi dah.

Benda ini yang buat aku ketagihan:


Siang malam aku mengadap benda ini. Tapi bukan gila shopping.

Aku ketagihan membuat listing dan menjual kepada bangsa-bangsa barat yang pemalas pergi kedai. Semua nak online.

Nak tahu macam mana aku belajar teknik menjual di ebay ini.

Senang je..Korang boleh rujuk iklan kat tepi ini ataupun klik saja disini.

Terima kasih kepada sifu Mohd Najib Assadok diatas tunjuk ajar yang diberi.






21 August 2011

Iftar Sini Sana..

18 Ogos 2011
  • Berbuka puasa di New Horizon Restoran, Kuantan bersama staf Makmal Berpusat. Aku pun tak pernah tahu kewujudan restoran ini. Memang makanan yang disajikan terbaik tapi harga dia agak mahal.
  • Terima Kasih kepada En Nasir kerana belanja kitaorang makan
  • Semua orang bawa keluarga masing-masing tapi aku kejauhan dengan GC SMADATA
20 Ogos 2011
  • Berbuka puasa bersama rakan-rakan ForeverBuddies di Umai D'Lake Cafe. Restoran ini bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru Putrajaya
  • Set Buffet Rm35 tapi makanan dia memang tip top terbaik. Ada nasi, mi kari, laksa, lamb chop, kuih-muih, buah-buahan, ABC.
  • Program ini kali kedua diadakan selepas tahun lalu diadakan di Red Wok, Bangi.
  • Lebih kurang 25 orang hadir memeriahkannya tahun ini. Budak-budak belah utara je belum join lagi

16 August 2011

31 Ogos atau 16 September

Hujung bulan Negara kita akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Tahun ini mungkin lebih bermakna kerana diraikan bersama-sama Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos. Jadi, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meraikan sambutan kemerdekaan ini pada 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia.

Semalam aku telah menghadiri satu forum Bicara Merdeka di UMP sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti. Dua orang panel dijemput untuk memberi beberapa pandangan. Ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Kajian Etnik UKM Prof Dr Shamsul Amri dan Pengerusi Bekas Tentera Cawangan Pahang. Tajuk yang dibentangkan adalah "Memaknakan Kemerdekaan".

Salah satu isu yang menarik perhatian aku adalah tentang perayaan Hari Kmeredekaan negara. Semua tahu yang negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi ketika itu hanya Tanah Melayu yang merdeka. Selepas 6 tahun kemerdekaan barulah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu merdeka pada 16 September 1963 dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Jadi, disini kita sebenarnya mempunyai dua tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos dan 16 September. Jika ditanya semua masyarakat di semenanjung negara kita merdeka pada 31 Ogos. Tapi berlainan dengan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana mereka merdeka pada 16 September.

Mana satu sebenarnya tarikh yang harus dipilih untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Orang semenanjung pasti akan memilih tarikh keramat 31 Ogos kerana pada tarikh tersebut Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan melaungkankan kalimah Merdeka 7kali di Stadium Negara. Tapi bagi Sabah dan Sarawak tarikh 16 September menjadi kebanggaan kerana mereka bebas dari cengkaman pihak British.

Satu lagi adalah, Malaysia adalah satu negara yang telah menukar nama asal negara kemerekaan daripada Tanah Melayu kepada Malaysia.

Walaubagaimanapun kita harus berbangga kerana kita ada dua hari kemerdekaan.

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
Kibarkan Jalur Gemilang..