16 August 2011

31 Ogos atau 16 September

Hujung bulan Negara kita akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Tahun ini mungkin lebih bermakna kerana diraikan bersama-sama Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos. Jadi, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meraikan sambutan kemerdekaan ini pada 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia.

Semalam aku telah menghadiri satu forum Bicara Merdeka di UMP sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti. Dua orang panel dijemput untuk memberi beberapa pandangan. Ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Kajian Etnik UKM Prof Dr Shamsul Amri dan Pengerusi Bekas Tentera Cawangan Pahang. Tajuk yang dibentangkan adalah "Memaknakan Kemerdekaan".

Salah satu isu yang menarik perhatian aku adalah tentang perayaan Hari Kmeredekaan negara. Semua tahu yang negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi ketika itu hanya Tanah Melayu yang merdeka. Selepas 6 tahun kemerdekaan barulah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu merdeka pada 16 September 1963 dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Jadi, disini kita sebenarnya mempunyai dua tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos dan 16 September. Jika ditanya semua masyarakat di semenanjung negara kita merdeka pada 31 Ogos. Tapi berlainan dengan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana mereka merdeka pada 16 September.

Mana satu sebenarnya tarikh yang harus dipilih untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Orang semenanjung pasti akan memilih tarikh keramat 31 Ogos kerana pada tarikh tersebut Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan melaungkankan kalimah Merdeka 7kali di Stadium Negara. Tapi bagi Sabah dan Sarawak tarikh 16 September menjadi kebanggaan kerana mereka bebas dari cengkaman pihak British.

Satu lagi adalah, Malaysia adalah satu negara yang telah menukar nama asal negara kemerekaan daripada Tanah Melayu kepada Malaysia.

Walaubagaimanapun kita harus berbangga kerana kita ada dua hari kemerdekaan.

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
Kibarkan Jalur Gemilang..




No comments:

Post a Comment