07 July 2011

Bola : Pra-Undian Kelayakan Olimpik Zon Asia


Undian bagi kelayakan Olimpik zon Asia akan diadakan petang ini di Ibu pejabat AFC Bukit Jalil. 12 pasukan akan di bahagikan kepada tiga kumpulan. Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke London 2012. Manakala 3 pasukan naib juara setiap kumpulan akan mengharungi perlawanan play-off. Juara play-off ini akan bertemu wakil dari Afrika bagi menentukan satu lagi tiket ke Olimpik 2012. Kelayakan ini akan berlangsung mulai 21 September 2011 sehingga 14 Mac 2012.

Berikut adalah pembahagian kumpulan untuk pengundian pada petang ini.

Pot 1 - Korea Selatan, Jepun, Australia
Pot 2 - Iraq, Bahrain, Qatar
Pot 3 - Arab Saudi, Syria, Uzbekistan
Pot 4 - Oman, UAE, Malaysia

Pasukan Malaysia berada dalam Pot 4. Ranking skuad negara adalah yang paling rendah berbanding pasukan-pasukan lain. Malaysia juga menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara. Walaupun dianggap pasukan tidak ternama, aku yakin skuad negara boleh melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pasukan negara. Pengundian petang ini boleh disaksikan di sini.

Tilikan aku:

Kump A: Jepun, Qatar, Uzbekistan, UAE
Kump B: Korea Selatan, Bahrain, Syria, Malaysia
Kump C: Australia, Iraq, Arab Saudi, Oman

Bola : GOMO KELATE GOMO

Tahniah buat pasukan Kelantan kerana menjadi juara Liga Super 2011. Walaupun aku bukan penyokong The Red Warriors tapi pasukan ini telah menunjukkan permainan yang menarik dan bagus sepanjang musim.

Untuk pasukan Terengganu dan Selangor tahniah juga kerana berjaya memberi saingan sehingga ke akhir musim. Aku rasa kerancakkan Liga Malaysia sudah kembali dengan persaingan yang sihat antara pasukan-pasukan ini sehingga ke penghujung musim. Buat Pahang dan Perlis halatuju nya masih samar kerana Pengerusi Pertandingan masih belum bermesyuarat samada 2 pasukan ini diturunkan ke Liga Perdana atau sebaliknya. Kalau turun bermakna Pahang memcipta sejarah nya tersendiri kerana akan turun ke Liga Perdana buat pertama kalinya sejak Liga Semi Pro dan Pro diperkenalkan.

sumber: Utusan Melayu

06 July 2011

Cerita : Teringat Rancangan 90-an

Aku lahir tahun 1986 yakni membesar menjadi kanak-kanak pada tahun 90an. Kalau anda semua lahir sama tahun dengan aku pasti dapat merasa apa yang aku rasa masa kanak-kanak dulu. Masa dulu internet tiada apatah lagi akaun Facebook. Tapi nasib baik la zaman aku dah ada peti televisyen, kalau tak, jadi macam bapak aku lah kena pergi menoreh sebab tiada aktiviti lain. Zaman kanak-kanak dulu ada beberapa rancangan yang aku minat gila. Dulu tak lah obses sangat tengok bola macam sekarang. Dah nama pun kanak-kanak rancangan kegemaran nya mestilah kartun. Masa tu kartun-kartun dari Jepun yang dialihkan kepada bahasa melayu menarik minat kanak-kanak. Dulu astro takda lagi jadi takda la cartoon network, disney channel, nickoledeon. Semuanya disiarkan kat tv percuma iaitu tv1,tv2 atau tv3 sahaja. ntv7, 8tv, tv9 mahupun tv alhijrah belum ada lagi masa tu.

Antara rancangannya ialah:


FLASHMAN (Hari Isnin)



MASKMAN (Hari Selasa)
senjata pemusnah: meriam katak


GABAN (Hari Rabu)



SURIA PERKASA HITAM
motorsikal kegemaran: belalang tempur


CYBERCOP


ULTRAMAN ACE
kata-kata hikmat: hakuto-minami



TOMATO MAN


DASH YONKURO
siapa peminat kereta tamiya memang tengok cerita ni



banyak lagi rancangan lain. Tapi inilah yang paling popular dulu. Kalau korang tak tengok rancangan ini semua memang zaman kanak-kanak korang tak meriah.

Layan memori anda dulu-dulu.

Hiburan : Pulanglah

04 July 2011

Bola : Harimau Malaya ke Pusingan Ke-2

TAHNIAH buat skuad Harimau Malaya kerana terus mencipta sejarah. Selepas kejayaan Piala AFF Suzuki tahun lalu, skuad negara terus mengaum garang dengan beberapa persembahan konsisten dan kejayaan, disamping mencipta sejarah memperbaiki pencapaian sebelum ini.

Malam tadi jam 7.00 ptg waktu Malaysia, skuad negara melayan kunjungan Taiwan bagi perlawanan timbal balik pusingan pertama. Perlawanan pertama telah diadakan di Bukit Jalil berkesudahan dengan kejayaan skuad negara menjinakkan Taiwan 2-1 hasil jaringan Safiq Rahim dan Aidil Zafuan. Berbekal jaringan satu gol skuad negara bertandang ke Taiwan untuk mencipta sejarah layak ke pusingan ke-2 kali pertama. Hasilnya skuad tumbang 2-3 kepada Taiwan tapi berjaya layak berdasarkan gol tempat lawan. Walaupun tewas skuad negara telah mempamerkan permainan yang baik tetapi mutu pengadilan yang agak teruk menyebabkan skuad negara hampir kecundang. 2 gol jaringan skuad negara dijaringkan sekali lagi oleh Aidil Zafuan dan Safiq Rahim menerusi tendangan percuma cantik. 3 penalti yang di hadiahkan kepada Taiwan hampir memusnahkan harapan negara.

03 July 2011

Ulasan : Larian Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia

Larian Satu Murid, Satu Sukan Cipta Rekod
TAIPING: Seramai 4.1 juta pelajar daripada 9,980 buah sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada Sabtu sekali gus mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.
Larian sempena majlis pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran Taiping di sini pagi Sabtu.
Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 buah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara.Pada majlis pelancaran di sini, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15,000 peserta daripada 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah dari sekitar Taiping.
Larian tersebut bermula pada 7.45 pagi dan para peserta seluruh negara berlari sejauh 1.5 kilometer (km) manakala peserta di Taiping berlari pada jarak 1.85 km di sekitar Taman Tasik Taiping.
Penyertaan 4,137,126 peserta itu dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian terbesar dan diisytiharkan sebagai rekod baru oleh Diana Paul dari MBR dalam kategori larian serentak.
Larian serentak terbesar yang direkodkan MBR sebelum ini ialah larian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 dengan penyertaan 2.3 juta peserta.
Turut menyertai Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dalam larian pagi tadi ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Dalam ucapan semasa merasmikan program tersebut, Muhyiddin turut menekankan bahawa sukan merupakan satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional.
"Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah," katanya.
Larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Kementerian sebelum itu mengumumkan hari larian berkenaan boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.
Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid, termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Ia berhasrat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Dasar 1Murid 1Sukan yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dasar itu yang dilancarkan Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlet sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.
Sementara itu, pelbagai acara lain turut diadakan sempena majlis itu, antaranya senamrobik, pertandingan sepak raga, futsal, bola jaring, tenis, bola tampar serta acara wall climbing. 
sumber: BERNAMA
Tahniah buat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana berjaya mencipta rekod dalam Malaysian Book of Record (MBR) menganjurkan larian Satu Murid Satu Sukan sempena pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan.
Memetik kepada ucapan TPM merangkap Menteri Pelajaran semalam sukan merupakan satu platform dalam pembentukan kemenjadian holistik dan sahsiah murid-murid selain membentuk integrasi nasional. Disamping itu, dasar 1 Murid 1 Sukan juga memupuk budaya sukan di kalangan murid-murid dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam sukan. Bagi menjayakan matlamat ini, komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah, setiap guru dan kakitangan sekolah.
Persoalannya sekarang berapa banyak sekolah yang membenarkan pelajar-pelajar mereka bersukan?
Kepimpinan sekolah masa kini lebih menitikberatkan bidang akademik.  Para pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik di angkat sebagai wira dan kebanggaan sekolah manakala pelajar-pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan dipandang sebelah mata oleh pihak sekolah. Mereka di anggap sebagai pelajar yang tidak mempunyai masa depan kerana lebih ke arah bidang kesukanan. Sedangkan mereka juga sama-sama menaikkan imej sekolah di mata masyarakat. Contohnya, Ratu Skuasy negara Datuk Nicol David pelajar Sekolah Menengah Convent di Pulau Pinang. Kejayaan beliau sedikit sebanyak telah menaikkan imej sekolah. Mereka yang terlibat dalam sukan tidak semestinya mereka yang berada di kelas paling akhir, malah ada antara mereka adalah pelajar yang cemerlang dalam akademik. Ada guru yang tidak membenarkan pelajarnya yang berada dalam kelas terbaik terlibat dalam sukan walaupun mereka mempunyai potensi untuk berjaya ke peringkat lebih tinggi. Alasan adalah mereka ini akan menjatuhkan GPS sekolah kerana kemungkinan akan gagal ataupun mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan disebabkan sering tidak hadir kelas akibat menghadiri latihan.
Itu isu bagi pelajar. bagi guru pun berlaku isu yang sama dalam kontek yang lain. Di sekolah masa kini satu matapelajaran telah di masukkan dalam silibus pembelajaran iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Guru-guru nya juga mereka yang terlatih dalam bidang pendidikan sains sukan. Bagi pihak pentadbiran sekolah yang mementingkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang dikira bedasarkan keputusan peperiksaan, subjek PJK dianggap sampah dan cuma di anggap sebagai subjek yang sekadar memenuhi jadual. Ada sesetengah sekolah memansuhkan subjek ini secara halus. Contohnya subjek PJK akan diambil alih oleh subjek peperiksaan. Subjek PJK cuma di ajar pada awal tahun sahaja, sementara 3/4 tahun lagi adalah untuk subjek peperiksaan. Mungkin selepas ini KPM boleh memasuk subjek PJK dalam peperiksaan besar untuk membendung gejala ini. 
Lagi satu adalah tentang pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru. Jarang kita dengar APC ini di berikan kepada Guru-guru PJK. Ia hanya di berikan kepada Guru-guru yang berjaya mendapatkan keputusan 100% bagi subjek masing dalam peperiksaan. Cuma guru-guru ini sahaja yang berjasa pada pihak sekolah. Sedangkan Guru-guru PJK juga berjasa pada pihak sekolah. Mereka melatih pelajar untuk berjaya dalam satu-satu pertandingan sukan. Mereka juga harus di kategorikan mengharumkan nama sekolah.
Aku sekadar berkongsi pendapat yang tidak seberapa selama menjadi guru di sekolah-sekolah sebelum ini. Kalau ada kesalahan harap di maafkan.

01 July 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Berakhirnya 60 tahun Malaysia-Singapura

Mulai jam 12.00 malam tadi berakhirlah operasi perkhidmatan keretapi tanah melayu (KTMB) ke negara Singapura di Stesen Tanjong Pagar dan Stesen Bukit Timah. Mulai hari ini perkhidmatan KTMB akan berakhir di Woodlands Train Checkpoint.

Info:
-Stesen Tanjong Pagar juga di kenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road
-Stesen Tanjong Pagar mula beroperasi pada tahun 1932 manakala Stesen Bukit Timah pada tahun 1903
-Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sepanjang 14 kilometer, manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjung Pagar adalah 10.25 kilometer.
-Perjalanan Bukit Timah-Tanjong Pagar bermula secara rasmi pada 3 Mei 1932
-Bangunan senibina Stesen Tanjung Pagar bercirikan art-deco yang mementingkan nilai-nilai kesenian.

Hari ini stesen ini pasti menjadi sejarah yang tidak akan lupus di dalam memori masyarakat Malaysia dan Singapura khasnya mereka yang pernah menabur bakti mahupun menaiki pengangkutan ini. Stesen Tanjung Pagar melambangkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua belah tambak.


sumber gambar: dkosonglapan.blogspot.com/2011/07/stesen-keretapi-tanjung-pagar-bukit.html


sumber gambar : berita harian

sumber cerita : utusan malaysia, berita harian, mstar, mot.gov.my, rac.gov.my