Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

01 August 2011

Mamee dan Surat Khabar

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Aku masih berada dalam tingkatan satu. Kenderaan yang aku gunakan untuk ke mana-mana adalah basikal hadiah daripada ayahku. Boleh dikatakan ke mana sahaja aku ingin pergi atau permintaan daripada emak untuk beli sesuatu akan aku tunaikan secepat mungkin. Ini kerana aku mempunyai sebuah basikal dengan kelajuan 5-speed.

Suatu hari,

"Abang Long tolong pergi beli surat khabar" sahut emakku.

"Baik emak", jawab aku sebagai anak yang soleh.

Aku terus mengambil duit yang diberi ibuku, RM1.50 dan sepantas kilat aku mendapatkan basikalku dan mengayuh ke kedai untuk mendapatkan surat khabar. Sampai sahaja ke kedai tersebut aku terus mendapatkan surat khabar Harian Metro yang ketika itu harganya cuma RM1 sahaja. Duit masih ada baki 50sen aku dapatkan sedikit makanan sebagai upah aku pergi. Selepas membelek beberapa makanan ringan aku nekad memilih Mamee dengan harga 20sen. Aku pulang dengan senang hati.

Dalam perjalanan pulang aku menikmati Mamee tersebut dengan lahapnya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aku juga seharusnya menghabiskan Mamee tersebut sebelum sampai ke rumah takut diminta oleh adik-beradik yang lain. Sampai sahaja ke rumah aku dengan muka senang hati menyerahkan akhbar tersebut kepada emakku sambil mulut aku masih mengunyah baki Mamee tersebut.

"Abang Long tak puasa ke?", tanya emakku

Macam cilaka aku lupa hari ini puasa. Patutla semua orang pelik tengok aku tadi. Tokey kedai tadi pun tak sound aku. Hampeh sungguh. Pentingkan keuntungan daripada nasihat.

Sempena dengan itu aku ingin mengucapkan:

28 July 2011

Aku, Bola Sepak dan ...

Aku mula mengenali permainan bola sepak ini ketika berumur 7 tahun. Minat ini tercetus apabila pakcik dan sepupu membawa aku ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan membabitkab Pahang dan Sarawak. Bermula dari situ minat terhadap bola sepak mula bercambah. Siaran Langsung di tonton, petang-petang turun pergi main bola, main game bola, main lawan pemadam pun masa tu pun pakai logo negara. Dan yang paling tak boleh lupa buat satu team guna kotak ubat nyamuk Fumakila. Boleh dikatakan semuanya pasal bola.

Yang ajar aku main bola adalh sepupu aku yang dikenali dengan nama Abg Poi. Dia la yang mengajar aku macam mana bermain bola sebenar. Semuanya aku belajar daripada dia. Lebih memudahkan latihan adalah dihadapan rumah aku ada laman yang cukup besar untuk bermain dan berlatih bola.

Di sekolah rendah aku terpilih untuk bermain mewakili kelas dalam pertandingan bola sepak sekolah. Aku ingat lagi nama team tersebut di beri oleh Cikgu Naim, Damak. Satu lagi diberi nama Inderapura. Aku rasa Cikgu Naim minat tengok cerita P.Ramlee kot, itu pasal nama pasukan agak klasik. Itu cerita masa main di sekolah pekan. Lepas pindah sekolah ke kuantan aku masih lagi bermain bola untuk sekolah. Tapi bukan untuk 11 sebelah lagi, aku beralih kepada Street Soccer. Masa itu permainan ini agak popular la. Siapa budak kuantan mesti tahu punya. Tiap-tiap minggu mesti ada pertandingan Street Soccer di Berjaya Megamall. Macam-macam pertandingan diadakan, bawah 10, bawah 12, bawah 15 dan bawah 18. Aku wakil sekolah dapat la no 2. 

Lepas masuk sekolah menengah sekali lagi aku bermain bola untuk pasukan sekolah aku iaitu SMA Al-Ihsan. Ada satu sukan yang memang dikhaskan untuk pelajar sekolah agama di pahang iaitu MASISUPA. Ada pertandingan sukan dan ilmiah. Venue dia tiap-tiap tahun berubah. Setiap sekolah agama di Pahang kena jadi tuan rumah. 2 tahun aku bermain untuk pasukan sekolah. Tapi hanya sekali berjaya menjadi juara. Masa tingkatan 3 dan 4 aku menggantung but disebabkan mak aku marah main bola sampai lupa belajar. Aku pernah dapat nombor akhir dalam peperiksaan awal tahun sebab aktif sangat main dan berlatih bola. Aku pernah kena tidur luar rumah sebab balik lambat main bola. Tapi masuk tingkatan 5 aku kembali bermain untuk sekolah. Tapi tak de nasib kalah awal.

Masuk matrikulasi aku masih main bola lagi tapi cuma sekadar main petang-petang sahaja. Sekadar untuk badan berpeluh. Masuk universiti aku kembali bermain bola untuk pasukan Fakulti. Walaupun tak pernah menang Kejuaraan tapi kami pernah mengalahkan pasukan terkuat kejohanan. Lepas habis Liga Fakulti aku dah jarang turun main bola di padang. Budak-budak rumah aku agak kurang yang bersukan. Kadang-kadang sahaja. Badan pun semakin naik. Lepas kahwin lagi la naik berat badan.

Ini adalah cerita pengalaman aku dan bola sepak. Walaupun sekarang ini aku dah kurang bermain bola sepak tapi aku masih minat dengan permainan ini. Masih terus menyokong bola sepak negara. Tidak kisahlah ketika menang atau kalah. Ini kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU... 


26 July 2011

Hobi dan Cita-cita

Masa sekolah rendah dulu mesti selalu cikgu korang tanya pasal hobi dan cita-cita. Memang tak boleh lari la pertanyaan tu. Pelbagai jawapan diberikan oleh murid. Antaranya askar, polis, doktor, cikgu, peguam, dan businessman.Tapi aku memang respect la dengan mamat  seorang ni. Dia punya hobi berkaitan dengan cita-cita dia. Tak macam orang lain. Hobi menunggang basikal tapi cita-cita peguam. Kan tak berkaitan langsung. Kalau hobi berkaitan dengan cita-cita barulah boleh tercapai.

Begini ceritanya:

Cikgu : Hari ini cikgu nak tanya hobi awak semua. Kita bermula dengan Sarah, apa hobi awak Sarah?
Sarah: Membaca buku cikgu
Cikgu: Ismail?
Ismail: Bermain bola cikgu
Cikgu: Ok, Shikin?
Shikin: Menanam pokok bunga cikgu.
Cikgu: Bagus Shikin. Hashim, apa hobi awak pulak?
Hashim: Panjat-panjat cikgu
Cikgu: ???

Keesokkan harinya

Cikgu: Murid-murid, hari ini cikgu nak bertanya pasal cita-cita awak semua. Kita mula dengan Shikin.
Shikin: Saya nak jadi doktor
Sarah: Saya pulak nak jadi peguam
Ismail: Saya nak jadi askar. Nanti boleh bawak senapang.
Cikgu: Bagus kerana semua ada cita-cita yang menarik. Kamu Hashim?
Hashim: Cita-cita saya nak curi-curi.
Cikgu: ??? (dalam hati-patutlah hobinya memanjat)

Cerita ini adalah dongeng semata-mata. Tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

25 July 2011

Hujung Minggu Yang Pilu (23-25 Julai 2011)

Kenapa aku pilu:
  1. Aku terpaksa menguruskan program tanpa urusetia yang mencukupi
  2. Kereta aku rosak. Kena ganti bateri
  3. Malaysia kalah dengan Singapura 3-5
  4. Aku kekurangan sumber kewangan
  5. Aku kena bayar hutang Yayasan Pahang
  6. Aku tak dapat tolong isteri aku siapkan assignment dia
  7. Aku terpaksa bangun pagi tadi jam 5 untuk balik ke Kuantan (terus masuk kerja)
  8. Aku tak dapat nak luang masa bersama isteri
  9. Aku terpaksa berpisah dengan isteri aku lagi seminggu
  10. Aku...

22 July 2011

Cerita : Seminggu di UMP

Selepas melapor diri pada 18hb yang lalu aku dengan sahnya bergelar Pegawai Sains c41 di UMP. Aku ditempatkan di Makmal Berpusat Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Tapi profesion Pegawai Sains di sini berbeza dengan pegawai sains yang ada di Universiti lain termasuk la universiti tempat aku belajar (USIM).

Sebelum itu aku cerita sikit pasal makmal berpusat UMP ni. Makmal Berpusat UMP atau dalam bahasa inggerisnya Central Laboratory ditubuhkan pada Januari 2011. Makmal ini berfungsi sebagai makmal yang menjalankan analisis untuk tujuan komersial. Ia tidak sama sekali bersangkut paut dengan penyelidikan ataupun inovasi. Ia lebih kepada makmal yang mendapat keuntungan daripada analisis yang dilakakukan. Bak kata orang putih "Private Lab" la. Ia masih lagi berada di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Mungkin dalam masa terdekat ini ia akan berdiri dengan sendiri di bawah PTj (Pusat Tanggungjawab). Makmal ini diketuai oleh seorang Pengarah dan 9 orang Pegawai Sains. Aku orang ke-9 dan yang paling muda antara semua. Tapi mereka semua pun masih muda juga lagi. Paling tua pun berumur 30an. Bahagian pentadbiran masih lagi kosong. Begitu juga Penolong Pegawai Sains. Kalau ada post nanti aku bagitahu. Antara instrumen yang terdapat disini adalah seperti ICP-MS, NMR, SME, HPLC. Sekarang dalam proses untuk membeli GC dan Mercury Analyzer.

Minggu ni aku agak sibuk mendengar presentation  daripada supplier tentang kehebatan instrumen masing-masing. Ada dari Agilent Technologies, D.I Scientific under LECO, Zeiss. Antara alat yang dipaprkan adalah GC-TOF-MS dan Mercury Analyzer.

Dan yang paling best aku ada bilik sendiri. HAHA..

18 July 2011

Cerita : Kisah Seorang Graduan


Lagu ini adalah nyanyian Dahlan Zainuddin bertajuk Kisah Seorang Biduan. Tapi yang aku nak cerita adalah tentang Kisah Seorang Graduan.

1 OGOS 2009 - Menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan)

9 OGOS 2009 - Guru Ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (tamat kontrak 20/11/2009)

1 DISEMBER 2009 - Penolong Pengurus di Koko Negeri Sdn Bhd (berhenti 31/1/2010)

10 hari jual dadih dan jeli kelapa

10 FEBRUARI 2010 - Guru Sandaran Tidak Terlatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (tamat kontrak 31/12/2010)

FEBRUARI 2011 - MEI 2011 - Berniaga air kotak dan burger

13 JUN 2011 - Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Simpang Durian

1 JULAI 2011 - Pengurus Pusat Jalur Lebar Felda Raja Alias Satu

18 JULAI 2011 - Pengawai Sains C41 di Universiti Malaysia Pahang

Bukan senang jadi graduan ni. Selepas tamat belajar belum tentu dapat kerja tetap.

10 July 2011

Cerita : Permainan masa dulu-dulu

Sebelum ini aku dah ceritakan pasal rancangan kegemaran aku dulu-dulu. Kali ini aku nak cerita pulak pasal permainan aku masa sekolah-sekolah dulu. Bukan permainan game console sebab dulu kat rumah aku takde benda ni. Ini cerita pasal permainan yang agak tradisional dan legends di hati budak-budak sezaman dengan aku.

LOMPAT TIKUS
kat tempat aku nama permainan dia macam ni la. Permainan tidak menggunakan tikus, ia hanya menggunakan nama tikus sahaja sebagai simbolik lompatan itu di lakukan. Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan. tak kisahla berapa orang satu pasukan. 2 orang ahli pasukan A akan membuat halangan daripada tangan mereka. Kemudian ahli kumpulan B akan melompat seorang demi seorang untuk melepasi halangan tersebut. Mereka yang gagal diberi 3 kali percubaan. Markah akan dikira berapa ramai ahli pasukan yang mampu melepasi halangan tersebut. Halangan daripada pihak lawan juga ada pelbagai peringkat. Daripada yang senang sehinggalah yang paling susah.

Susunan halangan yang perlu dilompat


BALING SELIPAR
Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan yang ahlinya unlimited. Selipar yang digunakan mestilah selipar yang ringat dan boleh disusun bentuk menjadi seakan-seakan piramid segitiga. Terompah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia mungin boleh mendatang kecedaraan dan juga menyebabkan orang nak pergi tandas kat masjid tiada alas kaki. Sinonimnya permainan ini dengan masjid atau surau kerana budak-budak yang bermain permainan ini akan menggunakan selipar jemaah surau bagi dijadikan senjata membalaing dan juga asas membina piramid segitiga.
Cara permainannya ialah pasukan A akan membaling jatuh pirmaid segitiga yang dibina. Apabila pasukan A berjaya merobohkannya, pasukan B akan menyerang pasukan A dengan membaling selipar ke arah ahli pasukan A. Mereka yang terkena balingan dikira mati. Pemenang akan dikira bila pasukan A berjaya membina kembali segitiga piramid tersebut atau pasukan B berjaya membunuh semua ahli pasukan A.

Susunan piramid segitiga


POLIS SENTRI
Permainan ini memang menjadikan kegilaan budak-budak dulu. Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan. Satu pasukan polis dan satu lagi adalah pencuri. Pengundian siapa menjadi polis atau pencuri mestilah dijalankan untuk memberi keadilan. Lagu pengundiannya adalah seperti.
"Polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga". Selepas pengudian ahli berlaku, pasukan polis akan membenarkan pencuri untuk mencari tempat persembunyian sebelum mereka diberkas. Pasukan dikira berjaya jika dapat memberkas ke semua pencuri. Permainan akan menjadi lebih dramatik jika dimainkan pada waktu malam.

Lagu dinyanyikan semasa pengundian


Ada banyak lagi permainan lain yang aku nak kongsi tapi dah banyak lupa. Korang boleh ingatkan dan kita kongsi sama-sama kenangan dulu.

06 July 2011

Cerita : Teringat Rancangan 90-an

Aku lahir tahun 1986 yakni membesar menjadi kanak-kanak pada tahun 90an. Kalau anda semua lahir sama tahun dengan aku pasti dapat merasa apa yang aku rasa masa kanak-kanak dulu. Masa dulu internet tiada apatah lagi akaun Facebook. Tapi nasib baik la zaman aku dah ada peti televisyen, kalau tak, jadi macam bapak aku lah kena pergi menoreh sebab tiada aktiviti lain. Zaman kanak-kanak dulu ada beberapa rancangan yang aku minat gila. Dulu tak lah obses sangat tengok bola macam sekarang. Dah nama pun kanak-kanak rancangan kegemaran nya mestilah kartun. Masa tu kartun-kartun dari Jepun yang dialihkan kepada bahasa melayu menarik minat kanak-kanak. Dulu astro takda lagi jadi takda la cartoon network, disney channel, nickoledeon. Semuanya disiarkan kat tv percuma iaitu tv1,tv2 atau tv3 sahaja. ntv7, 8tv, tv9 mahupun tv alhijrah belum ada lagi masa tu.

Antara rancangannya ialah:


FLASHMAN (Hari Isnin)



MASKMAN (Hari Selasa)
senjata pemusnah: meriam katak


GABAN (Hari Rabu)



SURIA PERKASA HITAM
motorsikal kegemaran: belalang tempur


CYBERCOP


ULTRAMAN ACE
kata-kata hikmat: hakuto-minami



TOMATO MAN


DASH YONKURO
siapa peminat kereta tamiya memang tengok cerita ni



banyak lagi rancangan lain. Tapi inilah yang paling popular dulu. Kalau korang tak tengok rancangan ini semua memang zaman kanak-kanak korang tak meriah.

Layan memori anda dulu-dulu.

30 June 2011

Cerita : Rezeki Yang ALLAH kurniakan

Hari ini tamat sudah kerjaya aku sebagai Guru KAFA di SK Simpang Durian. Walaupun hanya sekadar 3 minggu berada di sana tapi aku seronok kerana dapat semula mengajar. Walaupun berlainan dengan sekolah yang aku mengajar sebelum ini tapi ini satu pengalaman yang indah kerana bersama budak-budak sekolah rendah.

Esok aku akan memulakan kerjaya baru sebagai Pengurus Pusat Jalur Lebar Felda Raja Alias 1. Bidang baru yang aku hadapi untuk mencari rezeki menampung kehidupan aku bersama GC SMADATA. Tidak diketahui cabaran apa yang dihadapi nanti. Tapi aku memberi yang terbaik dalam setiap pekerjaan aku. Berapa lama aku disini hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Dulu selepas kontrak aku mengajar di SMK BBS tamat, aku terpaksa mengangur selama 5 bulan. Dalam masa 5 bulan itu aku masih sempat untuk berkahwin pada bulan 2 yang lalu. Aku cuma menanggung kehidupan dengan manjual air kotak dan burger di sekolah isteri aku. Walaupun tidak seberapa pendapatan nya tapi aku bersyukur kerana masih mampu hidup bahagia bersama isteri ku (GC SMADATA). Terima kasih NUR-IZZATI. 

Tapi ALLAH itu Maha Besar, selepas 5 bulan mengangur aku di tawarkan sebagai Guru KAFA di SK Simpaang Durian. Selepas seminggu aku menerima panggilan dari UMP untuk menghadiri temuduga jawatan pegawai Sains untuk kali kedua. Dalam minggu yang sama juga aku menerima panggilan dari MSD Digital yang menguruskan Pusat Jalur Lebar Komuniti di Malaysia menawarkan jawatan Pegurus Pusat Jalur Lebar di Felda Raja Alias 1 bagi menggantikan calon utama yang menarik diri. Alhamdulillah aku menerima jawatan ini.

Daripada cerita ini dapat aku simpulkan yang ALLAH tidak pernah menipu HambaNya. Daripada mengangur tiba-tiba 3 pekerjaan datang serentak. Rezeki yang datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah. 

Mungkin bukan rezeki kita hari ini tapi ALLAH janjikan rezeki kita pada hari mendatang. Mungkin lebih baik dari apa yang sepatutnya. Berusaha lah untuk mendapatkannya tanpa jemu dan berputus asa.


21 June 2011

Cerita : UMP oh UMP

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk hadir ke sesi interview Pegawai Sains C41 di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Untuk pengetahuan, ini adalah kali kedua aku di panggil untuk temuduga ini. Kali pertama biasalah kalau dah panggil untuk kali kedua ini pasti la gagal. Tapi Allah itu Maha Besar, pada hari pernikahan aku Dekan Penyelidikan dan Inovasi yang temuduga aku kali pertama telah call menyatakan kenapa aku gagal dalam temuduga pertama. Kegagalan aku adalah disebabkan salah paham pihak universiti terhadap aku. Mereka fikir aku lebih berminat untuk menjadi seorang Pensyarah dan akan meletak jawatan jika di beri peluang. Mungkin bukan rezeki. Tapi Prof Jalani telah mencadangkan agar aku memohon semula jawatan ini dan Alhadulillah aku dapat temuduga semula. Pagi tadi dah berlangsung sesi pertama dan berjaya untuk ke peringkat kedua. Peringkat kedua berlangsung pada petang dihadapan Pendaftar dan TNC. Doakan kejayaan aku.

p/s: GC SMADATA kalo aku berjaya boleh beli fossil dan gitar

05 June 2011

Cerita : Air 9

Bersempena dengan cuti sekolah ini aku dan GC SMADATA telah berkesempatan untuk menziarah sedara-mara di seluruh pelosok dan seantero semenanjung. Bermula dengan menziarah nenek di Jerantut akhirnya kami ke Putrajaya rumah Cik Mi dan famili nya. Cik Mi mempunyai tiga orang anak lelaki yang agak berlainan dengan kanak-kanak lain yang seusia dan sebaya mereka.

Dari kiri: Berbatov, Nasri
Rooney @ Safee Sali
Ni adalah anak-anak mereka yang gila dengan bola sepak.Tak kira la dalam negara ataupun luar negara. Hari-hari pakai jersi kelab, negara ataupun negeri kesukaan masing-masing. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah santapan rohani mereka adalah Astro Arena, bukanya Disney Channel ataupun Astro Ceria (tak class la tengok kartun). Nasri a.k.a Ameer bangun seawal jam 5.30 untuk menonton ulangan perlawanan bola sepak. sempena dengan cuti sekolah ini juga mereka telah berniaga barang runcit untuk kawan-kawan mereka semata-mata hendak membeli but bola sepak edisi Safee Sali.



Mereka bertiga ini la yang telah memperkenalkan aku dan GC SMADATA dengan satu minuman yang agak pelik namanya Air 9. Nak tahu apa dia air 9:


Minuman isotonik keluaran Power Root.