Bersempena dengan cuti sekolah ini aku dan
GC SMADATA telah berkesempatan untuk menziarah sedara-mara di seluruh pelosok dan seantero semenanjung. Bermula dengan menziarah nenek di Jerantut akhirnya kami ke Putrajaya rumah Cik Mi dan famili nya. Cik Mi mempunyai tiga orang anak lelaki yang agak berlainan dengan kanak-kanak lain yang seusia dan sebaya mereka.
|
Dari kiri: Berbatov, Nasri |
|
Rooney @ Safee Sali |
Ni adalah anak-anak mereka yang gila dengan bola sepak.Tak kira la dalam negara ataupun luar negara. Hari-hari pakai jersi kelab, negara ataupun negeri kesukaan masing-masing. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah santapan rohani mereka adalah Astro Arena, bukanya Disney Channel ataupun Astro Ceria (tak class la tengok kartun). Nasri a.k.a Ameer bangun seawal jam 5.30 untuk menonton ulangan perlawanan bola sepak. sempena dengan cuti sekolah ini juga mereka telah berniaga barang runcit untuk kawan-kawan mereka semata-mata hendak membeli but bola sepak edisi Safee Sali.
Mereka bertiga ini la yang telah memperkenalkan aku dan GC SMADATA dengan satu minuman yang agak pelik namanya Air 9. Nak tahu apa dia air 9:
Minuman isotonik keluaran Power Root.
No comments:
Post a Comment