15 July 2011

Bola : ULTRAS MALAYA TAK PATRIOTIK???

Minggu ni kalau baca blog or facebook semua cakap pasal Ultras Malaya (UM) tak patriotik sebab tak pergi sokong skuad kebangsaan lawan Arsenal. Banyak la yang bagi pendapat dan komen. Ada yang membina ada yang mengutuk dan macam-macam lagi la. Aku juga seorang Ultras Malaya dulu tapi sekarang dah slow sedikit sebab komitmen kerja. Tapi lepas ini mungkin akan aktif semula ke stadium.

UM memang tidak dinafikan satu fenomena selepas skuad kebangsaan menang AFF Suzuki tahun lepas. Semua dah mengenali UM ini. Selama ini takde orang pun nak ambil pusing pasal UM. Lepas je skuad kebangsaan jadi juara,UM menjadi antara kumpulan yang mendapat liputan meluas. Umat UM semakin hari semakin ramai. Semua dah mengaku sebagai UM. Tapi semakin ramai semakin bagus la pergerakan ini. Tapi sekarang timbul isu yang UM tak datang tengok perlawanan Malaysia lawan Arsenal. Ada yang cakap UM boikot la, tak puas hati tak dapat tiket perlawanan Malaysia-Singapura dan macam-macam lagi. Siap ada yang mengutuk UM tak patriotik.

Dengar sini baik-baik, kalau UM tak patriotik takkan tertubuhnya pergerakan ini. Masa pasukan negara mengalami kemerosotan selepas Piala Asia 2007 tak ada orang ambil peduli skuad negara. Semua pakat mengutuk dan menghina ja. Tapi UM mengambil langkah untuk berjuang bersama-sama mereka. Jatuh bangun skuad negara UM bersama. Semua perlawanan skuad negara di sokong. Kalah menang seri semua tak ambil peduli. Yang penting sokongan diteruskan. Masa perlawanan lawan Etoille kat Singapura UM pergi untuk memberi sokongan.So, kenapa cakap UM tak patriotik. Tak datang perlawanan sarkas saja tapi International A pasti UM hadir!!


Fikir-fikirkan dan selamat beramal

12 July 2011

Bola : FIFA U17 World Cup 2011


Anda tahu tentang kejohanan ini?

Kejohanan ini adalah Piala Dunia bagi mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawah. Pada tahun ini ia telah diadakan di Bandaraya Mexico dari 18 Jun sehingga 10 Julai. Kejohanan ini pertama kali diadakan pada tahun 1985 di China dan di kenali sebagai Piala Dunia bawah 16 tahun.

Venue kejohanan dan juara:

China (1985)-Nigeria
Canada (1987)-Soviet Union
Scotland (1989)-Saudi Arabia
Itali (1991)-Ghana
Japan (1993)-Nigeria
Equador (1995)-Ghana
Egypt (1997)-Brazil
New Zealand (1999)-Brazil
Trinidad and Tobago(2001)-France
Finland (2003)-Brazil
Peru (2005)-Mexico
South Korea (2007)-Nigeria
Nigeria (2009)-Switzerland
Mexico (2011)-Mexico

Mexico sebagai tuan rumah telah ditabalkan juara pada tahun 2011 ini selepas menewaskan Uruguay 2-0. Ia mengulangi kejayaan pada tahun 2005. Juara bertahan 2009 Switzerland tidak bertanding kerana gagal layak pada peringkat kelayakan. Maklumat lanjut pasukan yang layak rujuk sini.



Senarai pemenang anugerah:

ADIDAS GOLDEN BALL
JULIO GOMEZ (MEX)


ADIDAS GOLDEN BOOT
SOULEYMANE COULIBALY (CIV)

ADIDAS GOLDEN GLOVE
JONATHAN CUBERO (URU)

FIFA FAIR PLAY
JAPAN


sumber: http://www.fifa.com/

10 July 2011

Cerita : Permainan masa dulu-dulu

Sebelum ini aku dah ceritakan pasal rancangan kegemaran aku dulu-dulu. Kali ini aku nak cerita pulak pasal permainan aku masa sekolah-sekolah dulu. Bukan permainan game console sebab dulu kat rumah aku takde benda ni. Ini cerita pasal permainan yang agak tradisional dan legends di hati budak-budak sezaman dengan aku.

LOMPAT TIKUS
kat tempat aku nama permainan dia macam ni la. Permainan tidak menggunakan tikus, ia hanya menggunakan nama tikus sahaja sebagai simbolik lompatan itu di lakukan. Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan. tak kisahla berapa orang satu pasukan. 2 orang ahli pasukan A akan membuat halangan daripada tangan mereka. Kemudian ahli kumpulan B akan melompat seorang demi seorang untuk melepasi halangan tersebut. Mereka yang gagal diberi 3 kali percubaan. Markah akan dikira berapa ramai ahli pasukan yang mampu melepasi halangan tersebut. Halangan daripada pihak lawan juga ada pelbagai peringkat. Daripada yang senang sehinggalah yang paling susah.

Susunan halangan yang perlu dilompat


BALING SELIPAR
Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan yang ahlinya unlimited. Selipar yang digunakan mestilah selipar yang ringat dan boleh disusun bentuk menjadi seakan-seakan piramid segitiga. Terompah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia mungin boleh mendatang kecedaraan dan juga menyebabkan orang nak pergi tandas kat masjid tiada alas kaki. Sinonimnya permainan ini dengan masjid atau surau kerana budak-budak yang bermain permainan ini akan menggunakan selipar jemaah surau bagi dijadikan senjata membalaing dan juga asas membina piramid segitiga.
Cara permainannya ialah pasukan A akan membaling jatuh pirmaid segitiga yang dibina. Apabila pasukan A berjaya merobohkannya, pasukan B akan menyerang pasukan A dengan membaling selipar ke arah ahli pasukan A. Mereka yang terkena balingan dikira mati. Pemenang akan dikira bila pasukan A berjaya membina kembali segitiga piramid tersebut atau pasukan B berjaya membunuh semua ahli pasukan A.

Susunan piramid segitiga


POLIS SENTRI
Permainan ini memang menjadikan kegilaan budak-budak dulu. Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan. Satu pasukan polis dan satu lagi adalah pencuri. Pengundian siapa menjadi polis atau pencuri mestilah dijalankan untuk memberi keadilan. Lagu pengundiannya adalah seperti.
"Polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga". Selepas pengudian ahli berlaku, pasukan polis akan membenarkan pencuri untuk mencari tempat persembunyian sebelum mereka diberkas. Pasukan dikira berjaya jika dapat memberkas ke semua pencuri. Permainan akan menjadi lebih dramatik jika dimainkan pada waktu malam.

Lagu dinyanyikan semasa pengundian


Ada banyak lagi permainan lain yang aku nak kongsi tapi dah banyak lupa. Korang boleh ingatkan dan kita kongsi sama-sama kenangan dulu.

Politik : BERSIH 2.0 - 9 JULAI 2011


Semua orang bercerita pasal Perhimpunan BERSIH ini. Ada yang bersetuju ada yang tidak. Aku antara kelompok yang berada di atas pagar. Bagi aku perhimpunan ada pro dan kontranya. Ada baik dan buruknya. Cuma aku agak terkilan dengan laporan media massa arus perdana dan taktik polis mengawal keadaaan.

Perhimpunan ini tiada agenda politik sebenarnya. Ia cuma menyuarakan ketidakpuashatian terhadap sistem pengundian di negara kita iaitu sistem pilihan raya. Terdapat beberapa komponen yang perlu di perbaiki dan di baikpulih bagi mencantikkan lagi sistem pilihan raya kita. Ada orang cakap; "Buat apa nak bersihkan lagi, dah tentu mereka dah menang pilihan raya di beberapa negeri sebelum, ini menunjukkan pilihan raya memang dah bersih". Ya, memang dalam konteks tersebut pilihan raya memang dah bersih. YAng perlu sekarang adalah cara untuk mencantikkkan lagi sistem demokrasi kita.

Lagi satu perhimpunan ini dijalankan secara aman. Tiada perbuatan yang boleh disifatkan ganas. Orang Malaysia masih mempunyai adat. Mereka cuma berjalan dan bergerak bersama-sama. Tetapi provokasi dari pihak polis menganggu perjalanan ini. Polis terlebih dahulu menyembur gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun. Sedangkan mereka yang berhimpun ini tidak membawa senjata langsung. Mereka hanya berbekalkan baju kuning sahaja.

Laporan media massa arus perdana juga agak berat sebelah. Mereka seakan-akan bagi aku mencetuskan lagi       provasi untuk menakut-nakutkan rakyat. Berita-berita tentang keganasan dan juga keburukan perhimpunan ini diwar-warkan. Ini untuk menakutkan rakyat dan memberitahu perhimpunan ini adalah disebabkan agenda peribadi.

Jadi fikir-fikirkan lah..Aku bukan penyokong Anwar mahupun Pakatan Rakyat. Cuma yang aku mahu adalah keadilan dan saksama. Apa yang pihak kerajaan boleh lakukan, PR juga boleh lakukan. Biar rakyat yang memilih yang mana satu bagus untuk menjadi pemimpin mereka.

Sekian..

08 July 2011

Bola : Pasca Liga Super Malaysia 2011

Kedudukan Liga Super 2011


RankPasukanPMSKJ : B+/-Mata
1Kelantan26175452:213156
2Terengganu26165554:262853
3Selangor26164642:241852
4Kedah26136725:20545
5Harimau Muda26127738:281043
6Perak261010631:24740
7Johor FC26810826:28-234
8Negeri Sembilan26881029:32-332
9T-Team26941335:40-531
10Sabah26771224:32-828
11Felda United26771222:34-1228
12Kuala Lumpur26681223:34-1126
13Pahang26571419:36-1722
14Perlis26242020:61-4110


Analisa 5 pasukan terbaik:

KELANTAN
Kelantan memang layak ditabalkan sebagai juara Liga Super 2011. Persembahan konsisten sepanjang musim dan juga kekuatan setiap posisi menjadi faktor kejayaan mereka. Prestasi terbaik di gelanggang sendiri dengan 10 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan menunjukkan mereka sangat ampuh beraksi di gelanggang keramat SSMVI. Kekuatan utama Kelantan adalah ketajaman Norshahrul Idlan Talaha meledak 19 gol.

TERENGGANU
Selepas kejayaan menjulang Piala FA 2011 Terengganu terus mengorak langkah untuk mengejar kejuaraan bersama Kelantan dan Selangor. Terengganu boleh disifatkan sebagai pasukan yang mempunyai kekuatan di semua posisi daripada penjaga gol hingga ke penyerang. Ketangkasan Sharbinee, ketenangan Marzuki, kelincahan Ashaari dan ketajaman Abdul Hadi menjadi inspirasi kepada kejayaan Terengganu musim ini. Di samping kebijaksanaan Irfan Bakti merencana strategi antara penyumbang kejayaan Sang Penyu. Abdul Hadi juga ditabalkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2011.

SELANGOR
Selangor pada asalnya adalah pendahulu dan dijangka akan mengekalkan kejuaraan. Saat kejatuhan Selangor disebabkan kekalahan 3 kali berturut kepada T-Team, Pahang dan Harimau Muda. K.Devan memberi alasan faktor keletihan dan kecederaan pemain yang membawa kepada kekalahan tersebut. Namun bagi aku Selangor gagal kerana tidak mempunyai barisan simpanan yang berpengalaman bermain dalam kesebelasan utama. Devan lebih berminat menggunakan semua pemain utamanya dalam setiap perlawanan dan kurang menggunakan pemain simpanan dan ini menyebabkan mereka kekurangan pengalaman.

KEDAH
Pasukan triple treble ini bangkit pada akhir musim untuk menduduki tangga 4. Walaupun pada permulaan mereka seakan-akan gagal untuk menempatkan diri dalam kedudukan terbaik, pertukaran jurulatih telah membawa perubahan kepada skuad kenari. Wan Jamaj berjaya membawa Kedah kembali ke prestasi terbaik dengan beberapa kemenangan penting. Pada pendapat aku Kedah gagal kerana mereka tidak mempunyai penyerang yang berkualiti menghasilkan gol walaupun mereka adalah pasukan yang paling kurang melepaskan gol pada musim ini.

HARIMAU MUDA
Pasukan Ong Kim Swee sebenarnya layak untuk menduduki kelompok teratas malah boleh mencabar kejuaraan. Tapi kesibukan menghadapi perlawanan antarabangsa sedikit sebanyak merencatkan perjalanan skuad ini. Jika skuad ini adalah skuad yang memang bertading dalam Liga Super untuk kejuaraan sudah pasti mereka antara pencabar utama.Ong Kim Swee terpaksa menggunakan semua pemain yang ada bagi mendapat keserasian terbaik bagi menghadapi perlawanan antarabangsa. Bagi skuad ini perlawanan dalam liga super adalah perlawanan ujian bagi mereka. Walaupun begitu mereka masih mampu menduduki tangga kelima liga.


Daripada apa yang kita perhatikan, kejayaan Kelantan dan Terengganu adalah disebabkan penyudahan yang cemerlang daripada barisan penyerang mereka. Hadi dan Norshahrul menjadi tunjang kejayaan pasukan masing-masing. 4 pasukan dari 5 teratas adalah pasukan yang menjaringkan paling banyak gol. Kelemahan benteng berjaya di atasi oleh ketajaman penyudah penyerang masing-masing.