10 July 2011

Cerita : Permainan masa dulu-dulu

Sebelum ini aku dah ceritakan pasal rancangan kegemaran aku dulu-dulu. Kali ini aku nak cerita pulak pasal permainan aku masa sekolah-sekolah dulu. Bukan permainan game console sebab dulu kat rumah aku takde benda ni. Ini cerita pasal permainan yang agak tradisional dan legends di hati budak-budak sezaman dengan aku.

LOMPAT TIKUS
kat tempat aku nama permainan dia macam ni la. Permainan tidak menggunakan tikus, ia hanya menggunakan nama tikus sahaja sebagai simbolik lompatan itu di lakukan. Permainan ini dimainkan oleh 2 pasukan. tak kisahla berapa orang satu pasukan. 2 orang ahli pasukan A akan membuat halangan daripada tangan mereka. Kemudian ahli kumpulan B akan melompat seorang demi seorang untuk melepasi halangan tersebut. Mereka yang gagal diberi 3 kali percubaan. Markah akan dikira berapa ramai ahli pasukan yang mampu melepasi halangan tersebut. Halangan daripada pihak lawan juga ada pelbagai peringkat. Daripada yang senang sehinggalah yang paling susah.

Susunan halangan yang perlu dilompat


BALING SELIPAR
Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan yang ahlinya unlimited. Selipar yang digunakan mestilah selipar yang ringat dan boleh disusun bentuk menjadi seakan-seakan piramid segitiga. Terompah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia mungin boleh mendatang kecedaraan dan juga menyebabkan orang nak pergi tandas kat masjid tiada alas kaki. Sinonimnya permainan ini dengan masjid atau surau kerana budak-budak yang bermain permainan ini akan menggunakan selipar jemaah surau bagi dijadikan senjata membalaing dan juga asas membina piramid segitiga.
Cara permainannya ialah pasukan A akan membaling jatuh pirmaid segitiga yang dibina. Apabila pasukan A berjaya merobohkannya, pasukan B akan menyerang pasukan A dengan membaling selipar ke arah ahli pasukan A. Mereka yang terkena balingan dikira mati. Pemenang akan dikira bila pasukan A berjaya membina kembali segitiga piramid tersebut atau pasukan B berjaya membunuh semua ahli pasukan A.

Susunan piramid segitiga


POLIS SENTRI
Permainan ini memang menjadikan kegilaan budak-budak dulu. Permainan ini juga dimainkan oleh 2 pasukan. Satu pasukan polis dan satu lagi adalah pencuri. Pengundian siapa menjadi polis atau pencuri mestilah dijalankan untuk memberi keadilan. Lagu pengundiannya adalah seperti.
"Polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga". Selepas pengudian ahli berlaku, pasukan polis akan membenarkan pencuri untuk mencari tempat persembunyian sebelum mereka diberkas. Pasukan dikira berjaya jika dapat memberkas ke semua pencuri. Permainan akan menjadi lebih dramatik jika dimainkan pada waktu malam.

Lagu dinyanyikan semasa pengundian


Ada banyak lagi permainan lain yang aku nak kongsi tapi dah banyak lupa. Korang boleh ingatkan dan kita kongsi sama-sama kenangan dulu.

No comments:

Post a Comment