08 July 2011

Bola : Pasca Liga Super Malaysia 2011

Kedudukan Liga Super 2011


RankPasukanPMSKJ : B+/-Mata
1Kelantan26175452:213156
2Terengganu26165554:262853
3Selangor26164642:241852
4Kedah26136725:20545
5Harimau Muda26127738:281043
6Perak261010631:24740
7Johor FC26810826:28-234
8Negeri Sembilan26881029:32-332
9T-Team26941335:40-531
10Sabah26771224:32-828
11Felda United26771222:34-1228
12Kuala Lumpur26681223:34-1126
13Pahang26571419:36-1722
14Perlis26242020:61-4110


Analisa 5 pasukan terbaik:

KELANTAN
Kelantan memang layak ditabalkan sebagai juara Liga Super 2011. Persembahan konsisten sepanjang musim dan juga kekuatan setiap posisi menjadi faktor kejayaan mereka. Prestasi terbaik di gelanggang sendiri dengan 10 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan menunjukkan mereka sangat ampuh beraksi di gelanggang keramat SSMVI. Kekuatan utama Kelantan adalah ketajaman Norshahrul Idlan Talaha meledak 19 gol.

TERENGGANU
Selepas kejayaan menjulang Piala FA 2011 Terengganu terus mengorak langkah untuk mengejar kejuaraan bersama Kelantan dan Selangor. Terengganu boleh disifatkan sebagai pasukan yang mempunyai kekuatan di semua posisi daripada penjaga gol hingga ke penyerang. Ketangkasan Sharbinee, ketenangan Marzuki, kelincahan Ashaari dan ketajaman Abdul Hadi menjadi inspirasi kepada kejayaan Terengganu musim ini. Di samping kebijaksanaan Irfan Bakti merencana strategi antara penyumbang kejayaan Sang Penyu. Abdul Hadi juga ditabalkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2011.

SELANGOR
Selangor pada asalnya adalah pendahulu dan dijangka akan mengekalkan kejuaraan. Saat kejatuhan Selangor disebabkan kekalahan 3 kali berturut kepada T-Team, Pahang dan Harimau Muda. K.Devan memberi alasan faktor keletihan dan kecederaan pemain yang membawa kepada kekalahan tersebut. Namun bagi aku Selangor gagal kerana tidak mempunyai barisan simpanan yang berpengalaman bermain dalam kesebelasan utama. Devan lebih berminat menggunakan semua pemain utamanya dalam setiap perlawanan dan kurang menggunakan pemain simpanan dan ini menyebabkan mereka kekurangan pengalaman.

KEDAH
Pasukan triple treble ini bangkit pada akhir musim untuk menduduki tangga 4. Walaupun pada permulaan mereka seakan-akan gagal untuk menempatkan diri dalam kedudukan terbaik, pertukaran jurulatih telah membawa perubahan kepada skuad kenari. Wan Jamaj berjaya membawa Kedah kembali ke prestasi terbaik dengan beberapa kemenangan penting. Pada pendapat aku Kedah gagal kerana mereka tidak mempunyai penyerang yang berkualiti menghasilkan gol walaupun mereka adalah pasukan yang paling kurang melepaskan gol pada musim ini.

HARIMAU MUDA
Pasukan Ong Kim Swee sebenarnya layak untuk menduduki kelompok teratas malah boleh mencabar kejuaraan. Tapi kesibukan menghadapi perlawanan antarabangsa sedikit sebanyak merencatkan perjalanan skuad ini. Jika skuad ini adalah skuad yang memang bertading dalam Liga Super untuk kejuaraan sudah pasti mereka antara pencabar utama.Ong Kim Swee terpaksa menggunakan semua pemain yang ada bagi mendapat keserasian terbaik bagi menghadapi perlawanan antarabangsa. Bagi skuad ini perlawanan dalam liga super adalah perlawanan ujian bagi mereka. Walaupun begitu mereka masih mampu menduduki tangga kelima liga.


Daripada apa yang kita perhatikan, kejayaan Kelantan dan Terengganu adalah disebabkan penyudahan yang cemerlang daripada barisan penyerang mereka. Hadi dan Norshahrul menjadi tunjang kejayaan pasukan masing-masing. 4 pasukan dari 5 teratas adalah pasukan yang menjaringkan paling banyak gol. Kelemahan benteng berjaya di atasi oleh ketajaman penyudah penyerang masing-masing.

2 comments: