Semua orang bercerita pasal Perhimpunan BERSIH ini. Ada yang bersetuju ada yang tidak. Aku antara kelompok yang berada di atas pagar. Bagi aku perhimpunan ada pro dan kontranya. Ada baik dan buruknya. Cuma aku agak terkilan dengan laporan media massa arus perdana dan taktik polis mengawal keadaaan.
Perhimpunan ini tiada agenda politik sebenarnya. Ia cuma menyuarakan ketidakpuashatian terhadap sistem pengundian di negara kita iaitu sistem pilihan raya. Terdapat beberapa komponen yang perlu di perbaiki dan di baikpulih bagi mencantikkan lagi sistem pilihan raya kita. Ada orang cakap; "Buat apa nak bersihkan lagi, dah tentu mereka dah menang pilihan raya di beberapa negeri sebelum, ini menunjukkan pilihan raya memang dah bersih". Ya, memang dalam konteks tersebut pilihan raya memang dah bersih. YAng perlu sekarang adalah cara untuk mencantikkkan lagi sistem demokrasi kita.
Lagi satu perhimpunan ini dijalankan secara aman. Tiada perbuatan yang boleh disifatkan ganas. Orang Malaysia masih mempunyai adat. Mereka cuma berjalan dan bergerak bersama-sama. Tetapi provokasi dari pihak polis menganggu perjalanan ini. Polis terlebih dahulu menyembur gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun. Sedangkan mereka yang berhimpun ini tidak membawa senjata langsung. Mereka hanya berbekalkan baju kuning sahaja.
Laporan media massa arus perdana juga agak berat sebelah. Mereka seakan-akan bagi aku mencetuskan lagi provasi untuk menakut-nakutkan rakyat. Berita-berita tentang keganasan dan juga keburukan perhimpunan ini diwar-warkan. Ini untuk menakutkan rakyat dan memberitahu perhimpunan ini adalah disebabkan agenda peribadi.
Jadi fikir-fikirkan lah..Aku bukan penyokong Anwar mahupun Pakatan Rakyat. Cuma yang aku mahu adalah keadilan dan saksama. Apa yang pihak kerajaan boleh lakukan, PR juga boleh lakukan. Biar rakyat yang memilih yang mana satu bagus untuk menjadi pemimpin mereka.
Sekian..
fadh, pandangan aku lebih kurang sama dgn hg..aku tau mcm mna keadaan sebenar perhimpunan smlm, sbb ada 'org dlm' yg join berhimpun..mmg, rakyat cuma berjalan berarak sama2..senjata?satu pun xdak..aku kecewa betoi dgn berita2 kt tv..nmpk sgt berat sebelah..nmpk sgt double standard..
ReplyDelete*pekena kopi dulu..
betoi tu..kita bkn menentang kerajaan cuma mengharap kesamarataan.
ReplyDelete