30 June 2011

Politik : Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011


Mari kita pergi perhimpunan memBERSIHkan kawasan rumah daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 

Tarikh: 9 Julai 2011
Tempat: Kawasan Rumah Aku

Cerita : Rezeki Yang ALLAH kurniakan

Hari ini tamat sudah kerjaya aku sebagai Guru KAFA di SK Simpang Durian. Walaupun hanya sekadar 3 minggu berada di sana tapi aku seronok kerana dapat semula mengajar. Walaupun berlainan dengan sekolah yang aku mengajar sebelum ini tapi ini satu pengalaman yang indah kerana bersama budak-budak sekolah rendah.

Esok aku akan memulakan kerjaya baru sebagai Pengurus Pusat Jalur Lebar Felda Raja Alias 1. Bidang baru yang aku hadapi untuk mencari rezeki menampung kehidupan aku bersama GC SMADATA. Tidak diketahui cabaran apa yang dihadapi nanti. Tapi aku memberi yang terbaik dalam setiap pekerjaan aku. Berapa lama aku disini hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Dulu selepas kontrak aku mengajar di SMK BBS tamat, aku terpaksa mengangur selama 5 bulan. Dalam masa 5 bulan itu aku masih sempat untuk berkahwin pada bulan 2 yang lalu. Aku cuma menanggung kehidupan dengan manjual air kotak dan burger di sekolah isteri aku. Walaupun tidak seberapa pendapatan nya tapi aku bersyukur kerana masih mampu hidup bahagia bersama isteri ku (GC SMADATA). Terima kasih NUR-IZZATI. 

Tapi ALLAH itu Maha Besar, selepas 5 bulan mengangur aku di tawarkan sebagai Guru KAFA di SK Simpaang Durian. Selepas seminggu aku menerima panggilan dari UMP untuk menghadiri temuduga jawatan pegawai Sains untuk kali kedua. Dalam minggu yang sama juga aku menerima panggilan dari MSD Digital yang menguruskan Pusat Jalur Lebar Komuniti di Malaysia menawarkan jawatan Pegurus Pusat Jalur Lebar di Felda Raja Alias 1 bagi menggantikan calon utama yang menarik diri. Alhamdulillah aku menerima jawatan ini.

Daripada cerita ini dapat aku simpulkan yang ALLAH tidak pernah menipu HambaNya. Daripada mengangur tiba-tiba 3 pekerjaan datang serentak. Rezeki yang datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah. 

Mungkin bukan rezeki kita hari ini tapi ALLAH janjikan rezeki kita pada hari mendatang. Mungkin lebih baik dari apa yang sepatutnya. Berusaha lah untuk mendapatkannya tanpa jemu dan berputus asa.


Bola : Harimau Menang Lagi-Road To Brazil

Semalam berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Harimau Malaya menentang Taiwan. Keputusan nya Malaysia menang 2-1. Perlawanan timbal balik akan diadakan di Taiwan Ahad ini. Sama-sama la kita doakan kejayaan pasukan negara kita.

21 June 2011

Bola : Jersi EPL 2011/2012

Manchester United

Tottenham Hotspurs

Wolves

Manchester City

Chelsea

Liverpool



Newcastle United

Bolton Wanderers

Arsenal

Aston Villa

Stoke City

Sunderland

Swansea

West Brom

akan di update....

Rohani: 20 Petua Murah Rezeki

Rezeki adalah kurniaan Allah S.W.T kepada HambaNya. Konsep rezeki itu bukan hanya kepada banyak duit sahaja tetapi meliputi semua kebaikan yang datang dari Allah S.W.T. Contohnya kehidupan yang tenang, kesihatan yang baik, anak yang soleh dan sihat, impian terlaksana dan lain-lain. Di sini adalah 20 petua untuk mendapatkan keberkatan rezeki dari Allah. Insyallah...
  1. Menyempatkan diri menyembah Allah
  2. Memperbanyakkan Istighfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Sentiasa ingat Allah
  5. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa
  6. Berbuat baik dan Menolong Orang Yang Lemah
  7. Menunaikan Hajat Orang Lain
  8. Banyak Berselawat
  9. Banyak Membuat Kebajikan
  10. Bangun Pagi
  11. Menjalinkan Silaturahim
  12. Biasakan Diri Dalam Keadaan Kekal Berwuduk
  13. Bersedekah
  14. Membiasakan Diri Dengan Solat Malam (Tahajud)
  15. Membiasakan Diri Dengan Solat Dhuha
  16. Bersyukur Kepada Allah
  17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan Al-Quran
  18. Berdoa
  19. Berikhtiar Sehabisnya
  20. Bertawakal

Tips ini aku harap kita sama-sama dapat amalkan nya. Bukan untuk dibaca semata tetapi di amalkan. INSYAALLAH..


sumber : cedok kat majalah MIDI edisi Julai 2010

Cerita : UMP oh UMP

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk hadir ke sesi interview Pegawai Sains C41 di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Untuk pengetahuan, ini adalah kali kedua aku di panggil untuk temuduga ini. Kali pertama biasalah kalau dah panggil untuk kali kedua ini pasti la gagal. Tapi Allah itu Maha Besar, pada hari pernikahan aku Dekan Penyelidikan dan Inovasi yang temuduga aku kali pertama telah call menyatakan kenapa aku gagal dalam temuduga pertama. Kegagalan aku adalah disebabkan salah paham pihak universiti terhadap aku. Mereka fikir aku lebih berminat untuk menjadi seorang Pensyarah dan akan meletak jawatan jika di beri peluang. Mungkin bukan rezeki. Tapi Prof Jalani telah mencadangkan agar aku memohon semula jawatan ini dan Alhadulillah aku dapat temuduga semula. Pagi tadi dah berlangsung sesi pertama dan berjaya untuk ke peringkat kedua. Peringkat kedua berlangsung pada petang dihadapan Pendaftar dan TNC. Doakan kejayaan aku.

p/s: GC SMADATA kalo aku berjaya boleh beli fossil dan gitar

19 June 2011

Bola : Pasca Malaysia vs Myammar

Semalam telah berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa di antara skuad negara a.k.a Harimau Malaya dan Myammar. Tahniah buat skuad negara kerana berjaya meneruskan momentum rekod tanpa kekalahan sejak menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Kemenangan 2-0 semalam adalah hasil jaringan Amirul Hadi dan Badrol Bakhtiar pada setiap separuh masa. Walaupun beberapa peluang jaringan gagal di sempurnakan skuad negara masih berjaya membolosi gawang Myammar. Mungkin tanpa kehadiran penyerang terbaik negara ketika ini iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan sedikit merencatkan serangan negara tetapi kelibat Hadi dan Badrol berjaya mengubat sedikit kekecewaan tersebut dengan aksi yang bertenaga.
Perlawanan semalam juga menjadi detik sejarah buat peminat bola sepak negara khususnya negeri Kelantan kerana perlawanan ini diadakan di Stadium keramat The Red Warrior Stadium Muhammad VI Kota Bharu.Mungkin selepas ini FAM boleh mengambil langkah ini untuk mengajurkan perlawanan pasukan negara di setiap negeri berselang.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!

18 June 2011

Bola : Harimau Malaya

SELAMAT BERJUANG UNTUK HARIMAU MALAYA..TUNJUKKAN TARINGMU HAPUSKAN LAWAN MU
AUMM!!!AUMM!!!AUMM!!!




PERLAWANAN PERSAHABATAN
MALAYSIA VS MYAMMAR
STADIUM SULTAN MUHAMMMAD IV KOTA BHARU

05 June 2011

Cerita : Air 9

Bersempena dengan cuti sekolah ini aku dan GC SMADATA telah berkesempatan untuk menziarah sedara-mara di seluruh pelosok dan seantero semenanjung. Bermula dengan menziarah nenek di Jerantut akhirnya kami ke Putrajaya rumah Cik Mi dan famili nya. Cik Mi mempunyai tiga orang anak lelaki yang agak berlainan dengan kanak-kanak lain yang seusia dan sebaya mereka.

Dari kiri: Berbatov, Nasri
Rooney @ Safee Sali
Ni adalah anak-anak mereka yang gila dengan bola sepak.Tak kira la dalam negara ataupun luar negara. Hari-hari pakai jersi kelab, negara ataupun negeri kesukaan masing-masing. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah santapan rohani mereka adalah Astro Arena, bukanya Disney Channel ataupun Astro Ceria (tak class la tengok kartun). Nasri a.k.a Ameer bangun seawal jam 5.30 untuk menonton ulangan perlawanan bola sepak. sempena dengan cuti sekolah ini juga mereka telah berniaga barang runcit untuk kawan-kawan mereka semata-mata hendak membeli but bola sepak edisi Safee Sali.



Mereka bertiga ini la yang telah memperkenalkan aku dan GC SMADATA dengan satu minuman yang agak pelik namanya Air 9. Nak tahu apa dia air 9:


Minuman isotonik keluaran Power Root.

Politik : Muktamar Pas ke 57


Pada 3-5 Jun 2011 telah berlangsung Muktamar Pas 2011 kali 57. Sempena dengan muktamar ini diadakan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang baru. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:


PENGERUSI TETAP.
  • Tuan Haji Ustaz Abu Kasim.

TIMBALAN PENGERUSI TETAP.

  • Tuan Haji Hussin Ismail.

PRESIDEN.
  • YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

TIMBALAN PRESIDEN.
  • Hj Mohamad Sabu – 420 undi.

NAIB PRESIDEN.
  1. YB Dato’ Husam Musa - 660 undi.
  2. YB Dato’ Mahfuz Omar – 616 undi.
  3. YB Salahuddin Ayub – 753 undi.

AHLI JAWATANKUASA KERJA.
  1. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, – 430 undi.
  2. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin – 579 undi.
  3. YB Hj Abdul Wahid Endut – 556 undi.
  4. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, – 527 undi.
  5. YB Ir. Amiruddin Hamzah – 576 undi.
  6. YB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 421 undi.
  7. YB Dr Dzulkefly Ahmad - 702 undi.
  8. Hj Hanipa Maidin – 735 undi.
  9. YB Dato’ Dr. Hassan Mohamad Ali – 437 undi.
  10. YB Dato’ Kamarudin Jaffar – 739 undi.
  11. YB Hj. Khalid Abd Samad – 643 undi.
  12. Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed – 449 undi.
  13. Mazlan Aliman – 804 undi.
  14. YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah – 470 undi.
  15. YB Dr. Mohd Hatta Md Ramli – 765 undi.
  16. YB Dr. Mujahid Yusof Rawa – 651 undi.
  17. Ustazah Nuridah Salleh – 416 undi.
  18. YB Dr. Siti Mariah Mahmud – 445 undi.

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ini sangat tapi terpaksa komen sebab...Layan ini LINK.

Kenapa orang UMNO nak bising-bising pasal kepimpinan ulama ke profesional ke. Tak kisah la siapa-siapa yang memimpim selagi mereka masih lagi berpegang kepada landas hukum agama. Jangan cakap golongan profesional ini tidak pandai agama. Sekarang zaman dah berubah. Doktor, peguam, arkitek, jurutera ada di antara mereka adalah hafiz Al-Quran. Golongan intelektual di tambah dengan ilmu agama yang cukup boleh membangunkan negara dengan kepimpinan yang pintar dan berlandaskan hukum agama.

UMNO pun satu, buat apa la hangpa pi bising-bising pasal pemilihan PAS. Apa kaitan dengan korang. Masa pemilihan umno ada tak orang PAS bising-bising Najib menang, Muhyiddin menang, Khairy menang. Semua ada parti sendiri, jadi buat la kerja masing-masing. Pastu lagi satu kenapa la Akhbar ini nak memaparkan tajuk ini besar-besar, nak memecahkan belah parti orang lain buat apa.


04 June 2011

Kehidupan : Sampah Masyarakat


Hidup bukan hanya untuk bersenang dan hanya melakukan perkara yang senang.
Dari timbunan sampah plastik ini, sebenarnya tergaris satu senyuman kegembiraan keluarga tersayang yang menanti kepulangan bersama hasil penat lelah semalaman membersih tapak pasar malam.

Ini sampah-sampah masyarakat yang lain membuangnya.
Ia sampah masyarakat yang sebenarnya buat aku gembira.
Gembira untuk keluarga.

Ini aktiviti menjana kreativiti Fizik dan Matematik.
Harus pandai menyusun atur origami dan Pilih Atur dan Gabungan sampah supaya kelihatan seperti satu lukisan abstrak yang bergerak.
Perlu tahu Fizik. Bagaimana mengekalkan momentum keseimbangan ketika menunggang motosikal ku ini.

Semua ilmu tak langsung ini aku belajar dari realiti hidup aku ini...

(Sebuah perkongsian Dari Sudut Mata Sekeping Gambar yang aku snap ketika bercuti di Muar Johor Mei lalu)

Ulasan : SPM atau STPM



Sebelum tu korang semua boleh baca disini


Aku memang setuju 100% dengan pendapat kau Felix Lim.

Mentaliti dan kecenderungan ibu-bapa hari ini ialah untuk menghantar anak-anak ke kolej swasta dan luar negara bagi mengikuti program A-Level. Malah kerajaan juga telah menghabiskan begitu banyak peruntukkan untuk membiayai pelajar-pelajar kita mengikuti program A-Level di luar negara atau kolej-kolej persediaan ke luar negara. STPM cuma dijadikan pilihan terakhir jika mereka tidak dapat nak melanjutkan pelajaran ke tempat lain. 
Sebenarnya budak-budak yang cemerlang dalam SPM ni bukan nya bagus pun.Dapat cemerlang pun sebab cikgu-cikgu sekolah mereka dah bagi macam-macam soalan SPOT. Terutama nya budak-budak SBP. Bila masuk ke matrikulasi, diploma ataupun A-level, hancus.Tapi bukan semua nya begitu masih ada lagi yang meneruskan kecemerlangan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.


Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan para lepasan SPM tidak berminat untuk mengambil STPM.

  1. Mereka masih lagi dianggap pelajar sekolah. (masih belajar dalam sekolah, kena pakai pakaian sekolah lagi)
  2. Waktu belajar masih lebih kurang sama dengan waktu sekolah (tak macam U ada masa free)
  3. Cara belajar masih sama seperti sekolah
Tapi sebenarnya budak-budak yang ambil STPM la yang aku rasa paling layak dapat penajaan dari JPA. Terpaksa belajar 2 tahun di sekolah, dahla peperiksaan STPM antara yang paling susah kat dunia. Jadi kalau mereka ni dapat cemerlang, memang layak la di beri insentif dan pertimbangan.




Hari Ini Dalam Sejarah : Daulat Tuanku


Sistem Monarki Malaysia


1.      Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.

2.      Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri. Ketua kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
3.      Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja
4.      Yang di-Pertuan Agong mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183).
5.      Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.
6.      Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman


Senarai Yang Dipertuan Agong


1.    Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
2.    Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
3.    Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000
4.    Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979
5.    Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975
6.    Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979
7.    Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984
8.    Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010
9.    Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994
10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009
11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001
12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006
13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-kini

Salam Dunia


Salam.
Moga lembaran maya ini menjadi medan untuk aku berkongsi idea, meluah rasa dan menilai sesuatu perkara, isu dan permasalahan.
Sudi kiranya tinggalkan jejak di sini sekaligus mengikuti coretan khas sang sereberum aku.
Moga kupasan yang diulas di sini menjadi lebih dramatik dengan percambahan minda insan-insan yang mengikuti.
Sekian.....

Intro Dari Insan Ini...


Credit to Bro Afrozaini for capturing and editing this pic.
It's awesome.
Presenting...My Wfe's Hand..Tadaaaaa