Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Aku masih berada dalam tingkatan satu. Kenderaan yang aku gunakan untuk ke mana-mana adalah basikal hadiah daripada ayahku. Boleh dikatakan ke mana sahaja aku ingin pergi atau permintaan daripada emak untuk beli sesuatu akan aku tunaikan secepat mungkin. Ini kerana aku mempunyai sebuah basikal dengan kelajuan 5-speed.
Suatu hari,
"Abang Long tolong pergi beli surat khabar" sahut emakku.
"Baik emak", jawab aku sebagai anak yang soleh.
Aku terus mengambil duit yang diberi ibuku, RM1.50 dan sepantas kilat aku mendapatkan basikalku dan mengayuh ke kedai untuk mendapatkan surat khabar. Sampai sahaja ke kedai tersebut aku terus mendapatkan surat khabar Harian Metro yang ketika itu harganya cuma RM1 sahaja. Duit masih ada baki 50sen aku dapatkan sedikit makanan sebagai upah aku pergi. Selepas membelek beberapa makanan ringan aku nekad memilih Mamee dengan harga 20sen. Aku pulang dengan senang hati.
Dalam perjalanan pulang aku menikmati Mamee tersebut dengan lahapnya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aku juga seharusnya menghabiskan Mamee tersebut sebelum sampai ke rumah takut diminta oleh adik-beradik yang lain. Sampai sahaja ke rumah aku dengan muka senang hati menyerahkan akhbar tersebut kepada emakku sambil mulut aku masih mengunyah baki Mamee tersebut.
"Abang Long tak puasa ke?", tanya emakku
Macam cilaka aku lupa hari ini puasa. Patutla semua orang pelik tengok aku tadi. Tokey kedai tadi pun tak sound aku. Hampeh sungguh. Pentingkan keuntungan daripada nasihat.
Sempena dengan itu aku ingin mengucapkan:
No comments:
Post a Comment