15 August 2011

Chong Wei menangis lagi

Episod duka Chong Wei untuk memenangi Kejuaraan Dunia hancur lagi. Kekalahan kepada musuh tradisinya dari China Lin Dan di London semalam meneruskan rentetan kegagalan Chong Wei memenangi kejohanan utama kecuali All England.

Perlawanan semalam memang antara perlawanan terbaik sepanjang hayat bagi dunia badminton dunia. Pertembungan final antara jogaan dunia masa kini Lin Dan dan Lee Chong Wei memang dinantikan oleh semua peminat badminton dunia. Mereka berdua ini memang berada pada kelas tersendiri. Perlawanan yang berlangsung semalam di London merupakan gelanggang sukan Olimpik 2012 nanti. Mungkin tahun depan pertembungan 2 gergasi badminton ini akan dapat disaksikan lagi dan lebih mendebarkan.

Chong Wei semalam telah memenangi set pertama 22-20 tapi tumbang pada set kedua 14-21. Set ketiga seakan-akan sebenarnya menjadi milik Chong Wei. 2 kelebihan mata akhir gagal dimatikan oleh Chong Wei.
Masalah ketahanan mental menghadapi saat genting masih menghantui Chong Wei. Tahap permainannya sudah semakin hampir dengan Chong Wei.

Ada beberapa perkara yang perlu Chong Wei ambil perhatian sebelum Olimpik London 2012 kalau dia nak menang pingat emas.
  1. Kuatkan mental untuk bermain pada saat genting
  2. Tolong jangan masuk banyak sangat kejohanan yang tak penting
  3. Sediakan satu senjata rahsia yang hanya digunakan ketika menentang Lin Dan sahaja
  4. Keluar dari BAM. Mereka ini yang bagi tekanan pada Chong Wei
Lagi satu, minta tolong kepada semua Pak Menteri tolonglah jangan bebankan Chong Wei dengan tekanan. Berat mata memandang berat lagi mahu memikulnya.

Walaupun aku peminat Lin Dan tapi dalam lubuk hati ini masih ada rasa nak tengok Chong Wei menang kejohanan besar dengan menewaskan Lin Dan.

Jumpa di London 2012...

No comments:

Post a Comment