12 August 2011

Lepas Geram di Radio

Sekarang menjadi trends masyarakat di Malaysia melepaskan geram di radio. Segmen seperti emosi anda, lepas geram, tidak puas hati menjadi saluran bagi mereka meluahkan sesuatu yang terpendam.

Dalam konteks untuk melepas geram bagi isu-isu seperti kesesakan jalan raya, bunyi bising di kawasan rumah mahupun harga barang mahal tidaklah menjadi masalah. Tapi ada sesetengah pendengar sekarang ini menggunakan saluran radio untuk meluahkan perasaan dan kegeraman mereka dalam isu rumah tangga.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu menceritakan masalah rumah tangga di radio-radio. Yang dengar berjuta-juta rakyat Malaysia. Mungkin yang mendengar itu adalah ibu, ayah ataupun saudara-mara mereka sendiri. Tidakkah ini akan memberi aib kepada mereka. 

Kalau ada masalah rumah tangga, ada tempat untuk kita melepaskan dan meluahkan perasaan. Pejabat Agama Islam sentiasa menerima kedatangan mereka yang bermasalah dalam rumah tangga. Tak perlu melibatkan pihak lain-lain untuk memberi nasihat. Ini dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.

Jadi, nasihat aku kepada semua pendengar radio janganlah meluahkan masalah rumah tangga secara lansung di radio. Begitu juga di televisyen. Kalau nak minta pandangan atau nasihat daripada mereka boleh berbuat demikian melalui private call ataupun terus sahaja ke Pejabat Agama.

Sekadar gambar hiasan


No comments:

Post a Comment