24 August 2011

Aktiviti Baru

Sejak kebelakangan ini aku ada satu aktiviti baru yang membuatkan aku ketagihan. Setiap masa pasti nak check. Siang ke malam ke waktu kerja ke atau semua waktu yang ada aku teringatkan benda ini. Memang tak boleh nak kawal lagi dah.

Benda ini yang buat aku ketagihan:


Siang malam aku mengadap benda ini. Tapi bukan gila shopping.

Aku ketagihan membuat listing dan menjual kepada bangsa-bangsa barat yang pemalas pergi kedai. Semua nak online.

Nak tahu macam mana aku belajar teknik menjual di ebay ini.

Senang je..Korang boleh rujuk iklan kat tepi ini ataupun klik saja disini.

Terima kasih kepada sifu Mohd Najib Assadok diatas tunjuk ajar yang diberi.






21 August 2011

Iftar Sini Sana..

18 Ogos 2011
  • Berbuka puasa di New Horizon Restoran, Kuantan bersama staf Makmal Berpusat. Aku pun tak pernah tahu kewujudan restoran ini. Memang makanan yang disajikan terbaik tapi harga dia agak mahal.
  • Terima Kasih kepada En Nasir kerana belanja kitaorang makan
  • Semua orang bawa keluarga masing-masing tapi aku kejauhan dengan GC SMADATA
20 Ogos 2011
  • Berbuka puasa bersama rakan-rakan ForeverBuddies di Umai D'Lake Cafe. Restoran ini bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru Putrajaya
  • Set Buffet Rm35 tapi makanan dia memang tip top terbaik. Ada nasi, mi kari, laksa, lamb chop, kuih-muih, buah-buahan, ABC.
  • Program ini kali kedua diadakan selepas tahun lalu diadakan di Red Wok, Bangi.
  • Lebih kurang 25 orang hadir memeriahkannya tahun ini. Budak-budak belah utara je belum join lagi

16 August 2011

31 Ogos atau 16 September

Hujung bulan Negara kita akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Tahun ini mungkin lebih bermakna kerana diraikan bersama-sama Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos. Jadi, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meraikan sambutan kemerdekaan ini pada 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia.

Semalam aku telah menghadiri satu forum Bicara Merdeka di UMP sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti. Dua orang panel dijemput untuk memberi beberapa pandangan. Ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Kajian Etnik UKM Prof Dr Shamsul Amri dan Pengerusi Bekas Tentera Cawangan Pahang. Tajuk yang dibentangkan adalah "Memaknakan Kemerdekaan".

Salah satu isu yang menarik perhatian aku adalah tentang perayaan Hari Kmeredekaan negara. Semua tahu yang negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi ketika itu hanya Tanah Melayu yang merdeka. Selepas 6 tahun kemerdekaan barulah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu merdeka pada 16 September 1963 dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Jadi, disini kita sebenarnya mempunyai dua tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos dan 16 September. Jika ditanya semua masyarakat di semenanjung negara kita merdeka pada 31 Ogos. Tapi berlainan dengan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana mereka merdeka pada 16 September.

Mana satu sebenarnya tarikh yang harus dipilih untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Orang semenanjung pasti akan memilih tarikh keramat 31 Ogos kerana pada tarikh tersebut Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan melaungkankan kalimah Merdeka 7kali di Stadium Negara. Tapi bagi Sabah dan Sarawak tarikh 16 September menjadi kebanggaan kerana mereka bebas dari cengkaman pihak British.

Satu lagi adalah, Malaysia adalah satu negara yang telah menukar nama asal negara kemerekaan daripada Tanah Melayu kepada Malaysia.

Walaubagaimanapun kita harus berbangga kerana kita ada dua hari kemerdekaan.

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
Kibarkan Jalur Gemilang..




15 August 2011

Chong Wei menangis lagi

Episod duka Chong Wei untuk memenangi Kejuaraan Dunia hancur lagi. Kekalahan kepada musuh tradisinya dari China Lin Dan di London semalam meneruskan rentetan kegagalan Chong Wei memenangi kejohanan utama kecuali All England.

Perlawanan semalam memang antara perlawanan terbaik sepanjang hayat bagi dunia badminton dunia. Pertembungan final antara jogaan dunia masa kini Lin Dan dan Lee Chong Wei memang dinantikan oleh semua peminat badminton dunia. Mereka berdua ini memang berada pada kelas tersendiri. Perlawanan yang berlangsung semalam di London merupakan gelanggang sukan Olimpik 2012 nanti. Mungkin tahun depan pertembungan 2 gergasi badminton ini akan dapat disaksikan lagi dan lebih mendebarkan.

Chong Wei semalam telah memenangi set pertama 22-20 tapi tumbang pada set kedua 14-21. Set ketiga seakan-akan sebenarnya menjadi milik Chong Wei. 2 kelebihan mata akhir gagal dimatikan oleh Chong Wei.
Masalah ketahanan mental menghadapi saat genting masih menghantui Chong Wei. Tahap permainannya sudah semakin hampir dengan Chong Wei.

Ada beberapa perkara yang perlu Chong Wei ambil perhatian sebelum Olimpik London 2012 kalau dia nak menang pingat emas.
  1. Kuatkan mental untuk bermain pada saat genting
  2. Tolong jangan masuk banyak sangat kejohanan yang tak penting
  3. Sediakan satu senjata rahsia yang hanya digunakan ketika menentang Lin Dan sahaja
  4. Keluar dari BAM. Mereka ini yang bagi tekanan pada Chong Wei
Lagi satu, minta tolong kepada semua Pak Menteri tolonglah jangan bebankan Chong Wei dengan tekanan. Berat mata memandang berat lagi mahu memikulnya.

Walaupun aku peminat Lin Dan tapi dalam lubuk hati ini masih ada rasa nak tengok Chong Wei menang kejohanan besar dengan menewaskan Lin Dan.

Jumpa di London 2012...

12 August 2011

Lepas Geram di Radio

Sekarang menjadi trends masyarakat di Malaysia melepaskan geram di radio. Segmen seperti emosi anda, lepas geram, tidak puas hati menjadi saluran bagi mereka meluahkan sesuatu yang terpendam.

Dalam konteks untuk melepas geram bagi isu-isu seperti kesesakan jalan raya, bunyi bising di kawasan rumah mahupun harga barang mahal tidaklah menjadi masalah. Tapi ada sesetengah pendengar sekarang ini menggunakan saluran radio untuk meluahkan perasaan dan kegeraman mereka dalam isu rumah tangga.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu menceritakan masalah rumah tangga di radio-radio. Yang dengar berjuta-juta rakyat Malaysia. Mungkin yang mendengar itu adalah ibu, ayah ataupun saudara-mara mereka sendiri. Tidakkah ini akan memberi aib kepada mereka. 

Kalau ada masalah rumah tangga, ada tempat untuk kita melepaskan dan meluahkan perasaan. Pejabat Agama Islam sentiasa menerima kedatangan mereka yang bermasalah dalam rumah tangga. Tak perlu melibatkan pihak lain-lain untuk memberi nasihat. Ini dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.

Jadi, nasihat aku kepada semua pendengar radio janganlah meluahkan masalah rumah tangga secara lansung di radio. Begitu juga di televisyen. Kalau nak minta pandangan atau nasihat daripada mereka boleh berbuat demikian melalui private call ataupun terus sahaja ke Pejabat Agama.

Sekadar gambar hiasan


11 August 2011

SENARAI NAMA KUIH-KUIH BERBAHAYA RAMADHAN INI

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsar
Kuih paling bodo = doDOL (ini kuih ke?)
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang
Kuih suka pow = Pau
Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udang

Kuih paling tenteram - kuih makmur
Kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
Kuih kannibal - telinga kelling
Kuih org tak mandi = BAU-LU
Kuih paling banyak = kueh mueh
Kuih bajet gebu = apam gebu
Kuih yang org lelaki gemar = Kuih Tat
Kuih penuh dgn harapan = agar-agar
Kuih palig panas= kuih bakar
Kuih control cun = Seri ayu
Kuih paling warak- tokaji serban
Kuih suka menari-apom lenggang
Kuih bajet alim - kuih ketayap
Kuih paling berhabuk - abuk2
Kuih pencinta fauna - telinga kera
Kuih awek rembes - kuih hasidah
Kuih paling virgin - kuih sepit
Kuih paling tua - nekbak
Kuih paling best - kuih free


SEMOGA TERHIBUR..
USIK-USIK RAMADHAN




Diari Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan

Masa
Perkara
4.00 pagi
Bangun
4.20 pagi
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
5.00 pagi
Makan Sahur
5.30 pagi
Membaca Al-Quran dan Berselawat sambil menunggu Azan Subuh
6.00 pagi
Solat Subuh Berjemaah
7.00 pagi
Bekerja
Mulakan langkah ke tempat kerja dengan Bismillah
10.00 pagi
Solat Sunat Dhuha
1 petang
Qailullah (tidur sekejap sebelum Zuhur)
1.15 petang
Solat Zuhur Berjemaah
4.30 petang
Solat Asar Berjemaah
5.30 petang
Membeli keperluan berbuka. Tidak berlebih-lebihan
6.30 petang
Membaca Al-Quran
Perbanyakkan berdoa sebelum berbuka
Berbuka dengan makanan manis seperti kurma
Tidak makan terlalu banyak
7.30 malam
Solat Maghrib Berjemaah
Membaca Al-Quran
8.00 malam
Solat Isyak Berjemaah
8.30 malam
Solat Tarawih Berjemaah
10.00 malam
Bertadarus
11 malam
Beristighfar sebelum tidur
Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah

         Masih belum terlewat untuk kita laksanakannya..

Jelajah Blog 1 Malaysia

http://blurzablanket.blogspot.com/
http://alkisahnyalah.blogspot.com/
http://zhetmunirah.blogspot.com/
http://mieranadhirah.blogspot.com/
http://denaihati.com/
http://akusebuahblog.blogspot.com/
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
http://fairuzmokti.wordpress.com/
http://shafaza-zara.blogspot.com/
http://szakif.blogspot.com/
http://kassim8888.blogspot.com/
http://www.malayarailway.com/
http://bududanbelacan.blogspot.com/
http://www.harrisfadzilah.com/
http://www.blogbeginsatforty.com/
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://zalawajik.blogspot.com/
http://kaklady.blogspot.com/
http://www.mrmrsimran.com/
http://sweethoney86.blogspot.com/
http://www.amirulhakim.blogspot.com/
http://kunangsepi.blogspot.com/

10 August 2011

Istimewanya Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke-10 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal lagi 20 hari sebelum berakhirnya Ramdhan tahun ini untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua orang tertunggu-tunggu untuk menyambut Aidilfitri. Mungkin sudah ada yang sudah membuat persiapan lebih awal seperti menempah baju, membeli baju baru, membuat langsir dan lain-lain lagi. Pernahkan timbul dalam diri masing-masing betapa sekejapnya Ramadhan ini berlalu dan kita gagal mengambil manfaat darinya.

Ramadhan bulan yang sangat berbeza berbanding bulan-bulan lain. Bulan ini diwajibkan keatas umat Islam untuk berpuasa yang mana ia merupakan rukun Islam ketiga. Ramadhan bukan semata-mata kita berpuasa dari menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia adalah bulan yang perlu di gunakan untuk meningkatkan amal ibadah kita. Kita tidak tahu mungkin ini merupakan kesempatan terakhir yang diberikan oleh Allah untuk kita bertemu dengan Ramadhan. 

Bulan Ramadhan sangat istimewa diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Semua amal ibadat dan amalan mulia digandakan pahalanya. Bulan ini juga Allah menjanjikan pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Syaitan dan Iblis dirantai agar tidak menggangu manusia. Cuma nafsu yang diuji dengan berpuasa. 

Berbezanya bulan Ramadhan ini kita dapat berpuasa sebulan dengan begitu cemerlang. Kita dapat menahan makan dan lapar dari subuh sehingga maghrib. Berbeza dengan bulan lain mungkin kita hanya mampu berpuasa sunat 2 hari seminggu sahaja. Dugaan dan halangan menghalang kita untuk berpuasa sunat. Tapi di bulan Ramadhan ini kita cukup mudah dan gagah untuk berpuasa walaupun rutin harian kita sama seperti bulan-bulan lain. Begitunya istimewanya Ramadhan...

Setiap malam Ramadhan juga diisi dengan solat tarawih dan tadarus Al-Quran. Kita juga telah mampu menyempurnakan solat berjemaah di masjid dan surau-surau. Masjid dan surau penuh pada setiap waktu dari subuh hingga ke isyak. Diteruskan lagi dengan tarawih, tadarus dan qiamulail. Semua ini kita mampu lakukan pada bulan yang mulia ini. Tiada halangan mahupun dugaan menghalang kita melakukan amal ibadat  ini berbanding bulan-bulan lain. Begitu istimewanya Ramadhan ini.

Jadi dengan kelebihan dan nikmat hidup yang diberikan oleh Allah kepada kita hari ini untuk bersama Ramadhan harus digunakan sebaik mungkin oleh kita. Begitu berkatnya Ramadhan ini sehigga semua amal ibadat dapat dilakukan dengan sempurna tanpa halangan. 

Nasihat ini untuk saya dan pembaca semua..Semoga Ramadhan kali ini merupakan yang terbaik bagi kita..

08 August 2011

Hari ini, Esok dan Masa Hadapan

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan bekerja dan hal-hal kain membataskan jari-jemari ini untuk menulis. Hari genap sudah lapan hari berpuasa. Alhamdulillah maih diberi nikmat kehidupan oleh ALLAH untuk hidup dan menikmati Ramadhan.

Kehidupan aku sekarang ini agak mencabar. Tiap-tiap minggu aku akan pulang menemui isteri ku di Negeri Sembilan. Kalau tidak aku yang ke sana, dia yang akan ke sini. Begitulah kehidupan kami sekarang. Bukan bergaduh atau berselisih paham cuma tanggungjawab kepada kerjaya masing-masing menyebabkan kami terpaksa berjauhan buat seketika. Ini adalah pengorbanan yang perlu dilalui bagi menjamin kehidupan keluarga yang bahagia.

Aku harap dia dapat bertukar secepat mungkin agar kami dapat hidup bersama...

AMIN...

01 August 2011

Mamee dan Surat Khabar

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Aku masih berada dalam tingkatan satu. Kenderaan yang aku gunakan untuk ke mana-mana adalah basikal hadiah daripada ayahku. Boleh dikatakan ke mana sahaja aku ingin pergi atau permintaan daripada emak untuk beli sesuatu akan aku tunaikan secepat mungkin. Ini kerana aku mempunyai sebuah basikal dengan kelajuan 5-speed.

Suatu hari,

"Abang Long tolong pergi beli surat khabar" sahut emakku.

"Baik emak", jawab aku sebagai anak yang soleh.

Aku terus mengambil duit yang diberi ibuku, RM1.50 dan sepantas kilat aku mendapatkan basikalku dan mengayuh ke kedai untuk mendapatkan surat khabar. Sampai sahaja ke kedai tersebut aku terus mendapatkan surat khabar Harian Metro yang ketika itu harganya cuma RM1 sahaja. Duit masih ada baki 50sen aku dapatkan sedikit makanan sebagai upah aku pergi. Selepas membelek beberapa makanan ringan aku nekad memilih Mamee dengan harga 20sen. Aku pulang dengan senang hati.

Dalam perjalanan pulang aku menikmati Mamee tersebut dengan lahapnya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aku juga seharusnya menghabiskan Mamee tersebut sebelum sampai ke rumah takut diminta oleh adik-beradik yang lain. Sampai sahaja ke rumah aku dengan muka senang hati menyerahkan akhbar tersebut kepada emakku sambil mulut aku masih mengunyah baki Mamee tersebut.

"Abang Long tak puasa ke?", tanya emakku

Macam cilaka aku lupa hari ini puasa. Patutla semua orang pelik tengok aku tadi. Tokey kedai tadi pun tak sound aku. Hampeh sungguh. Pentingkan keuntungan daripada nasihat.

Sempena dengan itu aku ingin mengucapkan: