08 December 2011

Ombak Rindu

Malam tadi aku telh berkesempatan untuk menonton filem ini. Ianya tidak disengajakan. Dalam jadual aku memang takde pun nak pergi tengok filem ini. Tapi isteri aku dah belikan untuk tengok sama-sama. Jadi, pergi jela tengok demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami aitu menggembirakan isterinya. Tayangan jam 9.40 malam bertempat di Big Screen Cinemas Kompleks Teruntum (tempat peberet di kuantan, kalau di Seremban MBO Terminal 2)



Filem ini memang dah kecoh satu Malaya, lebih-lebih lagi mamat ini Hendy Putra. Filem ini diadaptasi daripada novel Ombak Rindu. Aku tak pernah baca novel itu sebab aku tak minat nak tengok cerita cintan cintun ini. Kalau nover RAM diangkat menjadi Filem mungkin aku akan pergi tengok. Berbalik kepada Filem ini ia dilakonkan oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Yang lain watak sampingan je.

Selepas menonton selama 2jam ini yang dapat aku simpulkan. Jalan cerita yang klise (untuk org xbaca novel macam aku) tapi digarap dengan penuh teliti oleh Osman Ali. Kalau tengok mesti nak teruskan tengok. Permulaan watak Aaron Aziz sebagai kaki pelacur tidak bersesuaian tapi selepas itu sangat mengujakan. Maya Karin berjaya membawa wataknya dengan sungguh baik. Aku jadi kasihan cuma tudung yang dipakai xsesuai. Watak Lisa Surihani tak sesuai walaubagaimanapun berjaya dan bagus. Bront Palarae memang terbaik sebagai pelakon pembantu.

Jadi, aku memberi 4/5 kepada filem ini. Sesungguhnya ia bisa mencuit sedikit perasaan aku. Aku juga bersetuju filem ini sangat sesuai ditonton oleh pasangan suami isteri. Bagi aku ia boleh meningkatkan lagi kasih sayang sesama pasangan. Untuk yang belum berkahwin tu mungkin boleh ambil feeling  je.

Kepada yang masih belum menonton jangan lepaskan peluang anda. Minggu ini memang seat penuh untuk setiap tayangan. Jadi tempah awal-awal. Selamat menonton

::Semoga lebih banyak novel-novel best sellers diangkat menjadi filem::

UNTUK ISTERIKU, AKU AKAN MENJAGAMU SEHINGGA AKHIR HAYATKU.....

22 November 2011

Emas Bola Sepak Sukan Sea Kekal Milik Harimau Malaya

TAHNIAH buat HARIMAU MALAYA kerana terus mengaum dalam arena bola sepak. Malam semalam dengan penuh debaran kita akhirnya merangkul pingat emas bola sepak sukan sea 2011. Kita berjaya mempertahankan gelaran ini yang dimenangi dua tahun lepas di Laos.

Kemenangan dramatik penalti 4-3 selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan menceritakan segala-galanya. Rasanya aku tak perlu ulas panjang berita. Satu Malaysia sudah tahu kita adalah pemenang pingat emas bola sepak sukan sea 2011 indonesia.

27 October 2011

Real Steel




Aku dah tengok movie ni. Memang terbaik. Ada ATOM, AMBUSH, MIDAS, TWIN CITIES, ZEUS, NOISY BOY.

5 *****

Oktober ini..

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukkan membataskan pergerakan jari-jari ini untuk mencoret berita-berita terbaru. Untuk memeriahkan kembali blog ini aku ringkaskan bulan ini punya cerita.

  1. Bulan ini aku bercuti bersama isteri tersayang di dua pantai peranginan iaitu Cherating dan Port Dickson. Kami ke Cherating kerana aku menghadiri kursus ISO 17025: Introduction and Awareness. Manakala ke Port Dickson kerana isteri aku membawa pelajar-pelajarnya mengikuti program motivasi kecemerlangan SPM. Perkara paling best adalah kedua-dua percutian dalam pekerjaan ini adalah percuma kerana ditanggung oleh majikan masing-masing.
  2. Berita kematian Muammar Gaddafi yang agak sedih dan tragik. Mati ditembak pada jarak dekat. Kemudian mayatnya diusung keliling bandar dan akhir sekali dipamerkan di Pasaraya. Sungguh tidak berperikemanusian. Walaupun semasa memerintah dia agak kejam tapi janganlah diperlakukan mayat saudara seagama kita begitu. Al-Fatihah..
  3. Berita tentang seorang budak yang dilanggar 2kali oleh kenderaan di China menghiasi dada akhbar dan media sosial. Semua melahirkan rasa kasihan dan marah terhadap kejadian tersebut. Kemudian keluar pula cerita tentang kenapa orang tidak mahu membantu kanak-kanak malang tersebut selepas dilanggar. Semua pengguna media sosial share perkara ini. Tak tahu la betul atau tidak.
  4. Berita yang agak sedih dan pahit ini terpaksa aku terima. Pasukan favourite  aku yakni Manchester United telah tumbang kepada jiran setempat Manchester City di gelanggang sendiri. Yang menyakitkan hati lagi adalah dibelasah 1-6 oleh kelab jutawan Arab ini. Memang agak perit dihina oleh rakan-rakan tapi aku yakin United pasti bangkit dan kejuaraan ke 20 bakal diraikan Mei nanti. Glory Glory Man Utd...
  5. 29 Oktober ini bakal berlangsung perlawanan terbesar bagi bola sepak di Malaysia yakni Piala Malaysia 2011. Menemukan pasukan Hoben Jang Hoben  dan Peteh Ganu Peteh. Belum lagi perlawanan dilangsungkan kehangatannya telah dirasai oleh penonton. Bukan disebabkan oleh kutuk mengutuk antara penonton tetapi adalah tindakan FAM bangsat  mengenakan tiket dengan harga RM50 untuk semua tempat duduk. Penyokong kedua-dua pasukan termasuk yang berkecuali ingin mengambil tindakan memboikot perlawanan akhir ini. Namun dengar cerita hari ini tiket telah habis dijual di STAR Paroi dan SSINS KT.

24 August 2011

Aktiviti Baru

Sejak kebelakangan ini aku ada satu aktiviti baru yang membuatkan aku ketagihan. Setiap masa pasti nak check. Siang ke malam ke waktu kerja ke atau semua waktu yang ada aku teringatkan benda ini. Memang tak boleh nak kawal lagi dah.

Benda ini yang buat aku ketagihan:


Siang malam aku mengadap benda ini. Tapi bukan gila shopping.

Aku ketagihan membuat listing dan menjual kepada bangsa-bangsa barat yang pemalas pergi kedai. Semua nak online.

Nak tahu macam mana aku belajar teknik menjual di ebay ini.

Senang je..Korang boleh rujuk iklan kat tepi ini ataupun klik saja disini.

Terima kasih kepada sifu Mohd Najib Assadok diatas tunjuk ajar yang diberi.






21 August 2011

Iftar Sini Sana..

18 Ogos 2011
  • Berbuka puasa di New Horizon Restoran, Kuantan bersama staf Makmal Berpusat. Aku pun tak pernah tahu kewujudan restoran ini. Memang makanan yang disajikan terbaik tapi harga dia agak mahal.
  • Terima Kasih kepada En Nasir kerana belanja kitaorang makan
  • Semua orang bawa keluarga masing-masing tapi aku kejauhan dengan GC SMADATA
20 Ogos 2011
  • Berbuka puasa bersama rakan-rakan ForeverBuddies di Umai D'Lake Cafe. Restoran ini bersebelahan dengan Monumen Alaf Baru Putrajaya
  • Set Buffet Rm35 tapi makanan dia memang tip top terbaik. Ada nasi, mi kari, laksa, lamb chop, kuih-muih, buah-buahan, ABC.
  • Program ini kali kedua diadakan selepas tahun lalu diadakan di Red Wok, Bangi.
  • Lebih kurang 25 orang hadir memeriahkannya tahun ini. Budak-budak belah utara je belum join lagi

16 August 2011

31 Ogos atau 16 September

Hujung bulan Negara kita akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 54. Tahun ini mungkin lebih bermakna kerana diraikan bersama-sama Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos. Jadi, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk meraikan sambutan kemerdekaan ini pada 16 September 2011 bersamaan dengan Hari Malaysia.

Semalam aku telah menghadiri satu forum Bicara Merdeka di UMP sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Universiti. Dua orang panel dijemput untuk memberi beberapa pandangan. Ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Kajian Etnik UKM Prof Dr Shamsul Amri dan Pengerusi Bekas Tentera Cawangan Pahang. Tajuk yang dibentangkan adalah "Memaknakan Kemerdekaan".

Salah satu isu yang menarik perhatian aku adalah tentang perayaan Hari Kmeredekaan negara. Semua tahu yang negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi ketika itu hanya Tanah Melayu yang merdeka. Selepas 6 tahun kemerdekaan barulah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu merdeka pada 16 September 1963 dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Jadi, disini kita sebenarnya mempunyai dua tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos dan 16 September. Jika ditanya semua masyarakat di semenanjung negara kita merdeka pada 31 Ogos. Tapi berlainan dengan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana mereka merdeka pada 16 September.

Mana satu sebenarnya tarikh yang harus dipilih untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Orang semenanjung pasti akan memilih tarikh keramat 31 Ogos kerana pada tarikh tersebut Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan melaungkankan kalimah Merdeka 7kali di Stadium Negara. Tapi bagi Sabah dan Sarawak tarikh 16 September menjadi kebanggaan kerana mereka bebas dari cengkaman pihak British.

Satu lagi adalah, Malaysia adalah satu negara yang telah menukar nama asal negara kemerekaan daripada Tanah Melayu kepada Malaysia.

Walaubagaimanapun kita harus berbangga kerana kita ada dua hari kemerdekaan.

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.
Kibarkan Jalur Gemilang..




15 August 2011

Chong Wei menangis lagi

Episod duka Chong Wei untuk memenangi Kejuaraan Dunia hancur lagi. Kekalahan kepada musuh tradisinya dari China Lin Dan di London semalam meneruskan rentetan kegagalan Chong Wei memenangi kejohanan utama kecuali All England.

Perlawanan semalam memang antara perlawanan terbaik sepanjang hayat bagi dunia badminton dunia. Pertembungan final antara jogaan dunia masa kini Lin Dan dan Lee Chong Wei memang dinantikan oleh semua peminat badminton dunia. Mereka berdua ini memang berada pada kelas tersendiri. Perlawanan yang berlangsung semalam di London merupakan gelanggang sukan Olimpik 2012 nanti. Mungkin tahun depan pertembungan 2 gergasi badminton ini akan dapat disaksikan lagi dan lebih mendebarkan.

Chong Wei semalam telah memenangi set pertama 22-20 tapi tumbang pada set kedua 14-21. Set ketiga seakan-akan sebenarnya menjadi milik Chong Wei. 2 kelebihan mata akhir gagal dimatikan oleh Chong Wei.
Masalah ketahanan mental menghadapi saat genting masih menghantui Chong Wei. Tahap permainannya sudah semakin hampir dengan Chong Wei.

Ada beberapa perkara yang perlu Chong Wei ambil perhatian sebelum Olimpik London 2012 kalau dia nak menang pingat emas.
  1. Kuatkan mental untuk bermain pada saat genting
  2. Tolong jangan masuk banyak sangat kejohanan yang tak penting
  3. Sediakan satu senjata rahsia yang hanya digunakan ketika menentang Lin Dan sahaja
  4. Keluar dari BAM. Mereka ini yang bagi tekanan pada Chong Wei
Lagi satu, minta tolong kepada semua Pak Menteri tolonglah jangan bebankan Chong Wei dengan tekanan. Berat mata memandang berat lagi mahu memikulnya.

Walaupun aku peminat Lin Dan tapi dalam lubuk hati ini masih ada rasa nak tengok Chong Wei menang kejohanan besar dengan menewaskan Lin Dan.

Jumpa di London 2012...

12 August 2011

Lepas Geram di Radio

Sekarang menjadi trends masyarakat di Malaysia melepaskan geram di radio. Segmen seperti emosi anda, lepas geram, tidak puas hati menjadi saluran bagi mereka meluahkan sesuatu yang terpendam.

Dalam konteks untuk melepas geram bagi isu-isu seperti kesesakan jalan raya, bunyi bising di kawasan rumah mahupun harga barang mahal tidaklah menjadi masalah. Tapi ada sesetengah pendengar sekarang ini menggunakan saluran radio untuk meluahkan perasaan dan kegeraman mereka dalam isu rumah tangga.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu menceritakan masalah rumah tangga di radio-radio. Yang dengar berjuta-juta rakyat Malaysia. Mungkin yang mendengar itu adalah ibu, ayah ataupun saudara-mara mereka sendiri. Tidakkah ini akan memberi aib kepada mereka. 

Kalau ada masalah rumah tangga, ada tempat untuk kita melepaskan dan meluahkan perasaan. Pejabat Agama Islam sentiasa menerima kedatangan mereka yang bermasalah dalam rumah tangga. Tak perlu melibatkan pihak lain-lain untuk memberi nasihat. Ini dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.

Jadi, nasihat aku kepada semua pendengar radio janganlah meluahkan masalah rumah tangga secara lansung di radio. Begitu juga di televisyen. Kalau nak minta pandangan atau nasihat daripada mereka boleh berbuat demikian melalui private call ataupun terus sahaja ke Pejabat Agama.

Sekadar gambar hiasan


11 August 2011

SENARAI NAMA KUIH-KUIH BERBAHAYA RAMADHAN INI

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek mek molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih takut untuk dimakan = NAGAsar
Kuih paling bodo = doDOL (ini kuih ke?)
Kuih paling style = Kuih CARA
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih berlagu = Qasidah
Kuih ala hispanic = Kuih Lopez
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih paling kaya = Jala Emas
Kuih paling jauh = Kuih Bulan
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih meletup/pengganas = Kuih Bom
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik = Sampreeeeettttt
Kuih Mami Penang Lip Lap Lip Lap = Kuih Gelang
Kuih suka pow = Pau
Kuih kuat cikcur disebalik batu = Cucur Udang

Kuih paling tenteram - kuih makmur
Kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
Kuih kannibal - telinga kelling
Kuih org tak mandi = BAU-LU
Kuih paling banyak = kueh mueh
Kuih bajet gebu = apam gebu
Kuih yang org lelaki gemar = Kuih Tat
Kuih penuh dgn harapan = agar-agar
Kuih palig panas= kuih bakar
Kuih control cun = Seri ayu
Kuih paling warak- tokaji serban
Kuih suka menari-apom lenggang
Kuih bajet alim - kuih ketayap
Kuih paling berhabuk - abuk2
Kuih pencinta fauna - telinga kera
Kuih awek rembes - kuih hasidah
Kuih paling virgin - kuih sepit
Kuih paling tua - nekbak
Kuih paling best - kuih free


SEMOGA TERHIBUR..
USIK-USIK RAMADHAN




Diari Harian Seorang Muslim di Bulan Ramadhan

Masa
Perkara
4.00 pagi
Bangun
4.20 pagi
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir
5.00 pagi
Makan Sahur
5.30 pagi
Membaca Al-Quran dan Berselawat sambil menunggu Azan Subuh
6.00 pagi
Solat Subuh Berjemaah
7.00 pagi
Bekerja
Mulakan langkah ke tempat kerja dengan Bismillah
10.00 pagi
Solat Sunat Dhuha
1 petang
Qailullah (tidur sekejap sebelum Zuhur)
1.15 petang
Solat Zuhur Berjemaah
4.30 petang
Solat Asar Berjemaah
5.30 petang
Membeli keperluan berbuka. Tidak berlebih-lebihan
6.30 petang
Membaca Al-Quran
Perbanyakkan berdoa sebelum berbuka
Berbuka dengan makanan manis seperti kurma
Tidak makan terlalu banyak
7.30 malam
Solat Maghrib Berjemaah
Membaca Al-Quran
8.00 malam
Solat Isyak Berjemaah
8.30 malam
Solat Tarawih Berjemaah
10.00 malam
Bertadarus
11 malam
Beristighfar sebelum tidur
Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah

         Masih belum terlewat untuk kita laksanakannya..

Jelajah Blog 1 Malaysia

http://blurzablanket.blogspot.com/
http://alkisahnyalah.blogspot.com/
http://zhetmunirah.blogspot.com/
http://mieranadhirah.blogspot.com/
http://denaihati.com/
http://akusebuahblog.blogspot.com/
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
http://fairuzmokti.wordpress.com/
http://shafaza-zara.blogspot.com/
http://szakif.blogspot.com/
http://kassim8888.blogspot.com/
http://www.malayarailway.com/
http://bududanbelacan.blogspot.com/
http://www.harrisfadzilah.com/
http://www.blogbeginsatforty.com/
http://sitisifir10.blogspot.com/
http://zalawajik.blogspot.com/
http://kaklady.blogspot.com/
http://www.mrmrsimran.com/
http://sweethoney86.blogspot.com/
http://www.amirulhakim.blogspot.com/
http://kunangsepi.blogspot.com/

10 August 2011

Istimewanya Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke-10 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal lagi 20 hari sebelum berakhirnya Ramdhan tahun ini untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua orang tertunggu-tunggu untuk menyambut Aidilfitri. Mungkin sudah ada yang sudah membuat persiapan lebih awal seperti menempah baju, membeli baju baru, membuat langsir dan lain-lain lagi. Pernahkan timbul dalam diri masing-masing betapa sekejapnya Ramadhan ini berlalu dan kita gagal mengambil manfaat darinya.

Ramadhan bulan yang sangat berbeza berbanding bulan-bulan lain. Bulan ini diwajibkan keatas umat Islam untuk berpuasa yang mana ia merupakan rukun Islam ketiga. Ramadhan bukan semata-mata kita berpuasa dari menahan lapar dan dahaga sebaliknya ia adalah bulan yang perlu di gunakan untuk meningkatkan amal ibadah kita. Kita tidak tahu mungkin ini merupakan kesempatan terakhir yang diberikan oleh Allah untuk kita bertemu dengan Ramadhan. 

Bulan Ramadhan sangat istimewa diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman. Semua amal ibadat dan amalan mulia digandakan pahalanya. Bulan ini juga Allah menjanjikan pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Syaitan dan Iblis dirantai agar tidak menggangu manusia. Cuma nafsu yang diuji dengan berpuasa. 

Berbezanya bulan Ramadhan ini kita dapat berpuasa sebulan dengan begitu cemerlang. Kita dapat menahan makan dan lapar dari subuh sehingga maghrib. Berbeza dengan bulan lain mungkin kita hanya mampu berpuasa sunat 2 hari seminggu sahaja. Dugaan dan halangan menghalang kita untuk berpuasa sunat. Tapi di bulan Ramadhan ini kita cukup mudah dan gagah untuk berpuasa walaupun rutin harian kita sama seperti bulan-bulan lain. Begitunya istimewanya Ramadhan...

Setiap malam Ramadhan juga diisi dengan solat tarawih dan tadarus Al-Quran. Kita juga telah mampu menyempurnakan solat berjemaah di masjid dan surau-surau. Masjid dan surau penuh pada setiap waktu dari subuh hingga ke isyak. Diteruskan lagi dengan tarawih, tadarus dan qiamulail. Semua ini kita mampu lakukan pada bulan yang mulia ini. Tiada halangan mahupun dugaan menghalang kita melakukan amal ibadat  ini berbanding bulan-bulan lain. Begitu istimewanya Ramadhan ini.

Jadi dengan kelebihan dan nikmat hidup yang diberikan oleh Allah kepada kita hari ini untuk bersama Ramadhan harus digunakan sebaik mungkin oleh kita. Begitu berkatnya Ramadhan ini sehigga semua amal ibadat dapat dilakukan dengan sempurna tanpa halangan. 

Nasihat ini untuk saya dan pembaca semua..Semoga Ramadhan kali ini merupakan yang terbaik bagi kita..

08 August 2011

Hari ini, Esok dan Masa Hadapan

Sudah agak lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan bekerja dan hal-hal kain membataskan jari-jemari ini untuk menulis. Hari genap sudah lapan hari berpuasa. Alhamdulillah maih diberi nikmat kehidupan oleh ALLAH untuk hidup dan menikmati Ramadhan.

Kehidupan aku sekarang ini agak mencabar. Tiap-tiap minggu aku akan pulang menemui isteri ku di Negeri Sembilan. Kalau tidak aku yang ke sana, dia yang akan ke sini. Begitulah kehidupan kami sekarang. Bukan bergaduh atau berselisih paham cuma tanggungjawab kepada kerjaya masing-masing menyebabkan kami terpaksa berjauhan buat seketika. Ini adalah pengorbanan yang perlu dilalui bagi menjamin kehidupan keluarga yang bahagia.

Aku harap dia dapat bertukar secepat mungkin agar kami dapat hidup bersama...

AMIN...

01 August 2011

Mamee dan Surat Khabar

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu. Aku masih berada dalam tingkatan satu. Kenderaan yang aku gunakan untuk ke mana-mana adalah basikal hadiah daripada ayahku. Boleh dikatakan ke mana sahaja aku ingin pergi atau permintaan daripada emak untuk beli sesuatu akan aku tunaikan secepat mungkin. Ini kerana aku mempunyai sebuah basikal dengan kelajuan 5-speed.

Suatu hari,

"Abang Long tolong pergi beli surat khabar" sahut emakku.

"Baik emak", jawab aku sebagai anak yang soleh.

Aku terus mengambil duit yang diberi ibuku, RM1.50 dan sepantas kilat aku mendapatkan basikalku dan mengayuh ke kedai untuk mendapatkan surat khabar. Sampai sahaja ke kedai tersebut aku terus mendapatkan surat khabar Harian Metro yang ketika itu harganya cuma RM1 sahaja. Duit masih ada baki 50sen aku dapatkan sedikit makanan sebagai upah aku pergi. Selepas membelek beberapa makanan ringan aku nekad memilih Mamee dengan harga 20sen. Aku pulang dengan senang hati.

Dalam perjalanan pulang aku menikmati Mamee tersebut dengan lahapnya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aku juga seharusnya menghabiskan Mamee tersebut sebelum sampai ke rumah takut diminta oleh adik-beradik yang lain. Sampai sahaja ke rumah aku dengan muka senang hati menyerahkan akhbar tersebut kepada emakku sambil mulut aku masih mengunyah baki Mamee tersebut.

"Abang Long tak puasa ke?", tanya emakku

Macam cilaka aku lupa hari ini puasa. Patutla semua orang pelik tengok aku tadi. Tokey kedai tadi pun tak sound aku. Hampeh sungguh. Pentingkan keuntungan daripada nasihat.

Sempena dengan itu aku ingin mengucapkan:

29 July 2011

Kekecewaan, Semangat dan Masa Depan

Kecewa sebab Malaysia gagal


Semangat tengok semua rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada skuad negara


Bola Sepak mempunyai masa depan yang cerah. Kita 100% tenaga tempatan


kredit gambar kepada : deto

28 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT!


Tora datang lagi..Eh silap..Abg Ben datang lagi dengan segmen contestnya. Pelbagai hadiah lumayan menanti anda. 

Hadiah Utama:

Jom ramai-ramai kita join contest ini di BEN ASHAARI blog.
Siapa lambat dia tak dapat..


p/s: Hadiah diatas adalah ilustrasi sahaja. Pihak penganjur berhak menukar hadiah mengikut kemahuan mereka. Kalau tak dapat jangan marah da...

Aku, Bola Sepak dan ...

Aku mula mengenali permainan bola sepak ini ketika berumur 7 tahun. Minat ini tercetus apabila pakcik dan sepupu membawa aku ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan membabitkab Pahang dan Sarawak. Bermula dari situ minat terhadap bola sepak mula bercambah. Siaran Langsung di tonton, petang-petang turun pergi main bola, main game bola, main lawan pemadam pun masa tu pun pakai logo negara. Dan yang paling tak boleh lupa buat satu team guna kotak ubat nyamuk Fumakila. Boleh dikatakan semuanya pasal bola.

Yang ajar aku main bola adalh sepupu aku yang dikenali dengan nama Abg Poi. Dia la yang mengajar aku macam mana bermain bola sebenar. Semuanya aku belajar daripada dia. Lebih memudahkan latihan adalah dihadapan rumah aku ada laman yang cukup besar untuk bermain dan berlatih bola.

Di sekolah rendah aku terpilih untuk bermain mewakili kelas dalam pertandingan bola sepak sekolah. Aku ingat lagi nama team tersebut di beri oleh Cikgu Naim, Damak. Satu lagi diberi nama Inderapura. Aku rasa Cikgu Naim minat tengok cerita P.Ramlee kot, itu pasal nama pasukan agak klasik. Itu cerita masa main di sekolah pekan. Lepas pindah sekolah ke kuantan aku masih lagi bermain bola untuk sekolah. Tapi bukan untuk 11 sebelah lagi, aku beralih kepada Street Soccer. Masa itu permainan ini agak popular la. Siapa budak kuantan mesti tahu punya. Tiap-tiap minggu mesti ada pertandingan Street Soccer di Berjaya Megamall. Macam-macam pertandingan diadakan, bawah 10, bawah 12, bawah 15 dan bawah 18. Aku wakil sekolah dapat la no 2. 

Lepas masuk sekolah menengah sekali lagi aku bermain bola untuk pasukan sekolah aku iaitu SMA Al-Ihsan. Ada satu sukan yang memang dikhaskan untuk pelajar sekolah agama di pahang iaitu MASISUPA. Ada pertandingan sukan dan ilmiah. Venue dia tiap-tiap tahun berubah. Setiap sekolah agama di Pahang kena jadi tuan rumah. 2 tahun aku bermain untuk pasukan sekolah. Tapi hanya sekali berjaya menjadi juara. Masa tingkatan 3 dan 4 aku menggantung but disebabkan mak aku marah main bola sampai lupa belajar. Aku pernah dapat nombor akhir dalam peperiksaan awal tahun sebab aktif sangat main dan berlatih bola. Aku pernah kena tidur luar rumah sebab balik lambat main bola. Tapi masuk tingkatan 5 aku kembali bermain untuk sekolah. Tapi tak de nasib kalah awal.

Masuk matrikulasi aku masih main bola lagi tapi cuma sekadar main petang-petang sahaja. Sekadar untuk badan berpeluh. Masuk universiti aku kembali bermain bola untuk pasukan Fakulti. Walaupun tak pernah menang Kejuaraan tapi kami pernah mengalahkan pasukan terkuat kejohanan. Lepas habis Liga Fakulti aku dah jarang turun main bola di padang. Budak-budak rumah aku agak kurang yang bersukan. Kadang-kadang sahaja. Badan pun semakin naik. Lepas kahwin lagi la naik berat badan.

Ini adalah cerita pengalaman aku dan bola sepak. Walaupun sekarang ini aku dah kurang bermain bola sepak tapi aku masih minat dengan permainan ini. Masih terus menyokong bola sepak negara. Tidak kisahlah ketika menang atau kalah. Ini kerana MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU... 


27 July 2011

GSTT dan Masa Depan

Sebelum itu rujuk KOSMO.

Masalah tentang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ini dah lama berlarutan tanpa kesudahan. Pelbagai cerita dan isu timbul berkaitan tentang masa depan GSTT di Malaysia. Ada yang di berhentikan, ada yang disambung kontrak dan bermacam-macam lagi.

Tidak dinafikan GSTT juga merupakan salah satu darpada penyumbang kepada pendidikan negara. Walaupun mereka ini bukan dikalangan terlatih sekurang-kurangnya mereka dapat meringankan beban sekolah yang kekurangan guru. Isu kekurangan guru sebenarnya tidak harus berlaku. Ini kerana guru yang mengambil bidang pendidikan di Universiti dan Maktab adalah cukup untuk menampung bilangan guru di setiap sekolah. Yang menjadi masalah sekarang adalah kesilapan seorang guru itu di tempatkan. Contohnya satu sekolah itu telah ada 3 orang guru yang mengajar subjek Sains dan telah mencukupi. Mereka adalah yang mempunyai opsyen Sains. Semasa penempatan guru baru Jabatan Pelajaran Negeri menghantar seorang lagi guru opsyen Sains ke sekolah tersebut. Dan apa yang berlaku adalah guru opsyen Sains tersebut terpaksa mengajar matapelajaran bukan opsyen beliau. Inilah yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Berbalik semula cerita berkenaan GSTT, mereka ini hanya diperlukan apabila sesebuah sekolah kekurangan guru. Jasa mereka cukup besar kerana membantu pihak sekolah. Tidak kiralah samada dalam bidang pengajaran mahupun ko-kurikulum. Mereka ini kadang-kadang ada yang terlibat lebih daripada guru terlatih. Datang waktu cuti sekolah untuk memberi kelas tambahan, menghantar budak menyertai aktiviti koko dan lain-lain lagi. Jadi peranan mereka cukup besar kepada sesebuah sekolah.

Tetapi ada juga GSTT yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik. GSTT ini ada beberapa jenis. Yang pertama mereka yang memang berminat untuk menjadi seorang guru tapi tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang komited melakukan kerja kerana ada minat yang mendalam. Yang kedua, menjadi GSTT kerana tiada pekerjaan dan berminat meneruskan pengajian dalam pendidikan. Mereka ini pada asalnya tidak meminati bidang perguruan tetapi lama-kelamaan tercetus minat untuk menjadi guru. Yang satu lagi adalah mereka menjadi GSTT kerana tidak ada kerja lain. Bila disuruh membuat sesuatu mereka memberontak dan memberi alasan mereka cuma GSTT dan dibayar gaji untuk mengajar sahaja. "Elaun tiada buat apa kerja lebih", kata-kata daripada golongan ini.

Berkenaan dengan pihak kerajaan untuk mengambil GSTT sebagai GST ada pro dan kontranya. Kerajaan perlu memilih mereka yang benar-banar layak dan komited untuk berkidmat dalam bidang pendidikan. Bukan mereka yang hanya mementingkan gaji semata-mata. Mungkin mereka yang sudah berkhidmat selama 3-5 tahun boleh dipertimbangkan dan mendapat sokongan daripada pengetua mahupun JPN untuk diserapkan sebagai GST. Pemantauan juga perlu dilakukan terhadap mereka bagi menjamin mereka adalah yang terbaik. 


Pengalaman ini diceritakan oleh bekas GSTT

26 July 2011

Hobi dan Cita-cita

Masa sekolah rendah dulu mesti selalu cikgu korang tanya pasal hobi dan cita-cita. Memang tak boleh lari la pertanyaan tu. Pelbagai jawapan diberikan oleh murid. Antaranya askar, polis, doktor, cikgu, peguam, dan businessman.Tapi aku memang respect la dengan mamat  seorang ni. Dia punya hobi berkaitan dengan cita-cita dia. Tak macam orang lain. Hobi menunggang basikal tapi cita-cita peguam. Kan tak berkaitan langsung. Kalau hobi berkaitan dengan cita-cita barulah boleh tercapai.

Begini ceritanya:

Cikgu : Hari ini cikgu nak tanya hobi awak semua. Kita bermula dengan Sarah, apa hobi awak Sarah?
Sarah: Membaca buku cikgu
Cikgu: Ismail?
Ismail: Bermain bola cikgu
Cikgu: Ok, Shikin?
Shikin: Menanam pokok bunga cikgu.
Cikgu: Bagus Shikin. Hashim, apa hobi awak pulak?
Hashim: Panjat-panjat cikgu
Cikgu: ???

Keesokkan harinya

Cikgu: Murid-murid, hari ini cikgu nak bertanya pasal cita-cita awak semua. Kita mula dengan Shikin.
Shikin: Saya nak jadi doktor
Sarah: Saya pulak nak jadi peguam
Ismail: Saya nak jadi askar. Nanti boleh bawak senapang.
Cikgu: Bagus kerana semua ada cita-cita yang menarik. Kamu Hashim?
Hashim: Cita-cita saya nak curi-curi.
Cikgu: ??? (dalam hati-patutlah hobinya memanjat)

Cerita ini adalah dongeng semata-mata. Tiada kaitan samada yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

25 July 2011

Malaysia vs Singapura (23 Julai 2011)

Semua dah tahu keputusannya. Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura. Aku nak ulaskan sikit saja pasal perlawanan ini.

  1. Semua gol Singapura bangsa asing yang score
  2. Pertahanan Malaysia kucar-kacir
  3. Ismail Faruqi mentah lagi
  4. Mental pemain masih rendah
  5. Rumput padang tipu
  6. Stadium sempit
  7. Safee, Asrar dan Kunalan pemain terbaik Malaysia
  8. ULTRAS MALAYA terbaik
Kita tunggu 28 Julai ini. Mari gegar Stadium Nasional Bukit Jalil

Perjuangan Masih Belum Selesai.
Ayuh HARIMAU MALAYA. Tunjukkan siapa raja sebenar TIGERS or LIONS


Hujung Minggu Yang Pilu (23-25 Julai 2011)

Kenapa aku pilu:
  1. Aku terpaksa menguruskan program tanpa urusetia yang mencukupi
  2. Kereta aku rosak. Kena ganti bateri
  3. Malaysia kalah dengan Singapura 3-5
  4. Aku kekurangan sumber kewangan
  5. Aku kena bayar hutang Yayasan Pahang
  6. Aku tak dapat tolong isteri aku siapkan assignment dia
  7. Aku terpaksa bangun pagi tadi jam 5 untuk balik ke Kuantan (terus masuk kerja)
  8. Aku tak dapat nak luang masa bersama isteri
  9. Aku terpaksa berpisah dengan isteri aku lagi seminggu
  10. Aku...

22 July 2011

Cerita : Seminggu di UMP

Selepas melapor diri pada 18hb yang lalu aku dengan sahnya bergelar Pegawai Sains c41 di UMP. Aku ditempatkan di Makmal Berpusat Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Tapi profesion Pegawai Sains di sini berbeza dengan pegawai sains yang ada di Universiti lain termasuk la universiti tempat aku belajar (USIM).

Sebelum itu aku cerita sikit pasal makmal berpusat UMP ni. Makmal Berpusat UMP atau dalam bahasa inggerisnya Central Laboratory ditubuhkan pada Januari 2011. Makmal ini berfungsi sebagai makmal yang menjalankan analisis untuk tujuan komersial. Ia tidak sama sekali bersangkut paut dengan penyelidikan ataupun inovasi. Ia lebih kepada makmal yang mendapat keuntungan daripada analisis yang dilakakukan. Bak kata orang putih "Private Lab" la. Ia masih lagi berada di bawah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi. Mungkin dalam masa terdekat ini ia akan berdiri dengan sendiri di bawah PTj (Pusat Tanggungjawab). Makmal ini diketuai oleh seorang Pengarah dan 9 orang Pegawai Sains. Aku orang ke-9 dan yang paling muda antara semua. Tapi mereka semua pun masih muda juga lagi. Paling tua pun berumur 30an. Bahagian pentadbiran masih lagi kosong. Begitu juga Penolong Pegawai Sains. Kalau ada post nanti aku bagitahu. Antara instrumen yang terdapat disini adalah seperti ICP-MS, NMR, SME, HPLC. Sekarang dalam proses untuk membeli GC dan Mercury Analyzer.

Minggu ni aku agak sibuk mendengar presentation  daripada supplier tentang kehebatan instrumen masing-masing. Ada dari Agilent Technologies, D.I Scientific under LECO, Zeiss. Antara alat yang dipaprkan adalah GC-TOF-MS dan Mercury Analyzer.

Dan yang paling best aku ada bilik sendiri. HAHA..

19 July 2011

Berita Hari Ini : Puting di tapak kaki wanita

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.


Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.


Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.



Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Putingditapakkakiwanita/Article

Berita Hari Ini : Remaja Bercumbu Awal Pagi

KUANTAN: Taman Esplanade Tanjung Api, di sini, yang baru dibuka beberapa bulan lalu kini dicemari dengan kehadiran pasangan remaja menjadikan beberapa kawasan terlindung di taman rekreasi itu untuk melakukan maksiat menjelang awal pagi walaupun taman berkenaan berhampiran masjid.


Malah, lebih memalukan apabila ada segelintir mereka dikatakan sanggup melakukan maksiat di kawasan berbatu dan tiang konkrit di jeti terapung kawasan masjid berhampiran taman berkenaan atau menceroboh bot nelayan di sekitar taman rekreasi itu.


Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Li, berkata ramai nelayan di kawasan itu terserempak dengan pasangan remaja yang sedang bercumbu terutama ketika awal pagi antara jam 2 pagi hingga jam 5 pagi. 

"Selalunya pada waktu berkenaan, keadaan taman rekreasi itu agak lengang dan tidak ramai pengunjung kecuali kaki pancing dan pasangan berkenaan memilih lokasi yang gelap dan terlindung untuk berpelukan dan bercumbuan dengan pasangan masing-masing. 

"Antara lokasi yang menjadi pilihan mereka adalah di sebalik tiang konkrit di jeti terapung serta kawasan batu di hujung taman ini yang terletak berhampiran masjid," katanya. 

Namun, katanya, ada juga pasangan yang terdesak dan melakukan aksi tidak senonoh itu di tempat lebih mudah dilihat iaitu dengan duduk bersandar di antara lantai konkrit dan batu pemecah ombak kerana sudut berkenaan juga terlindung dan gelap. 
"Ada individu pernah menemui kondom dalam tandas masjid sehingga pihak pengurusan masjid terpaksa mengunci pagar selepas lewat malam bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang. 

"Segelintir nelayan di sini juga mengadu pernah melihat pasangan remaja terbabit keluar daripada botnya di jeti berkenaan pada awal pagi dan tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu selepas menyedari kehadiran kami," katanya. 

Seorang lagi nelayan yang enggan namanya disiarkan, mendakwa lokasi itu menjadi pilihan segelintir pasangan remaja melakukan maksiat sejak taman rekreasi itu dalam pembinaan lagi dan kebanyakan mereka dipercayai orang luar. 

"Kami tidak berani menegur tindakan mereka itu kerana bimbang golongan berkenaan akan membuat khianat terhadap peralatan menangkap ikan atau bot yang ditinggalkan di kawasan jeti memandangkan sebahagian mereka datang secara berkumpulan sebelum berpecah dengan pasangan masing-masing. 

"Tambahan pula kebanyakan nelayan di sini juga bukan orang tempatan,” katanya yang berasal dari Kelantan. 

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa segera menangani perkara itu bagi mengelak taman rekreasi itu terus menjadi tumpuan maksiat.
 

sumber: Berita Harian 19/7/2011

Janganlah cemarkan tempat aku photoshoot. Bingai punya budak.

18 July 2011

Cerita : Kisah Seorang Graduan


Lagu ini adalah nyanyian Dahlan Zainuddin bertajuk Kisah Seorang Biduan. Tapi yang aku nak cerita adalah tentang Kisah Seorang Graduan.

1 OGOS 2009 - Menamatkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan)

9 OGOS 2009 - Guru Ganti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (tamat kontrak 20/11/2009)

1 DISEMBER 2009 - Penolong Pengurus di Koko Negeri Sdn Bhd (berhenti 31/1/2010)

10 hari jual dadih dan jeli kelapa

10 FEBRUARI 2010 - Guru Sandaran Tidak Terlatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (tamat kontrak 31/12/2010)

FEBRUARI 2011 - MEI 2011 - Berniaga air kotak dan burger

13 JUN 2011 - Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Simpang Durian

1 JULAI 2011 - Pengurus Pusat Jalur Lebar Felda Raja Alias Satu

18 JULAI 2011 - Pengawai Sains C41 di Universiti Malaysia Pahang

Bukan senang jadi graduan ni. Selepas tamat belajar belum tentu dapat kerja tetap.

15 July 2011

Rohani : Hari Ini Hari Jumaat


Hari ini hari Jumaat, anda tahu apa dia Hari Jumaat dan kelebihannya. Kalau dah tahu bagusla tapi kalau tak tahu baca ni

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi. Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah :

1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa

2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib 4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar 6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:“Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.”(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya :
* Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
* Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
* Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
* Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
* Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah