27 July 2011

GSTT dan Masa Depan

Sebelum itu rujuk KOSMO.

Masalah tentang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ini dah lama berlarutan tanpa kesudahan. Pelbagai cerita dan isu timbul berkaitan tentang masa depan GSTT di Malaysia. Ada yang di berhentikan, ada yang disambung kontrak dan bermacam-macam lagi.

Tidak dinafikan GSTT juga merupakan salah satu darpada penyumbang kepada pendidikan negara. Walaupun mereka ini bukan dikalangan terlatih sekurang-kurangnya mereka dapat meringankan beban sekolah yang kekurangan guru. Isu kekurangan guru sebenarnya tidak harus berlaku. Ini kerana guru yang mengambil bidang pendidikan di Universiti dan Maktab adalah cukup untuk menampung bilangan guru di setiap sekolah. Yang menjadi masalah sekarang adalah kesilapan seorang guru itu di tempatkan. Contohnya satu sekolah itu telah ada 3 orang guru yang mengajar subjek Sains dan telah mencukupi. Mereka adalah yang mempunyai opsyen Sains. Semasa penempatan guru baru Jabatan Pelajaran Negeri menghantar seorang lagi guru opsyen Sains ke sekolah tersebut. Dan apa yang berlaku adalah guru opsyen Sains tersebut terpaksa mengajar matapelajaran bukan opsyen beliau. Inilah yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Berbalik semula cerita berkenaan GSTT, mereka ini hanya diperlukan apabila sesebuah sekolah kekurangan guru. Jasa mereka cukup besar kerana membantu pihak sekolah. Tidak kiralah samada dalam bidang pengajaran mahupun ko-kurikulum. Mereka ini kadang-kadang ada yang terlibat lebih daripada guru terlatih. Datang waktu cuti sekolah untuk memberi kelas tambahan, menghantar budak menyertai aktiviti koko dan lain-lain lagi. Jadi peranan mereka cukup besar kepada sesebuah sekolah.

Tetapi ada juga GSTT yang tidak menjalankan tugasnya dengan baik. GSTT ini ada beberapa jenis. Yang pertama mereka yang memang berminat untuk menjadi seorang guru tapi tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan. Mereka ini tergolong dalam kumpulan yang komited melakukan kerja kerana ada minat yang mendalam. Yang kedua, menjadi GSTT kerana tiada pekerjaan dan berminat meneruskan pengajian dalam pendidikan. Mereka ini pada asalnya tidak meminati bidang perguruan tetapi lama-kelamaan tercetus minat untuk menjadi guru. Yang satu lagi adalah mereka menjadi GSTT kerana tidak ada kerja lain. Bila disuruh membuat sesuatu mereka memberontak dan memberi alasan mereka cuma GSTT dan dibayar gaji untuk mengajar sahaja. "Elaun tiada buat apa kerja lebih", kata-kata daripada golongan ini.

Berkenaan dengan pihak kerajaan untuk mengambil GSTT sebagai GST ada pro dan kontranya. Kerajaan perlu memilih mereka yang benar-banar layak dan komited untuk berkidmat dalam bidang pendidikan. Bukan mereka yang hanya mementingkan gaji semata-mata. Mungkin mereka yang sudah berkhidmat selama 3-5 tahun boleh dipertimbangkan dan mendapat sokongan daripada pengetua mahupun JPN untuk diserapkan sebagai GST. Pemantauan juga perlu dilakukan terhadap mereka bagi menjamin mereka adalah yang terbaik. 


Pengalaman ini diceritakan oleh bekas GSTT

No comments:

Post a Comment