08 July 2011

Samarinda : Dari Pilah ke Kuantan

Tahun 2004 pasti menjadi detik terindah bagi Jamlus kerana berjaya melanjutkan pelajarannya ke matrikulasi. Permohonannya diterima dan bakal ditempatkan di Kolej Matrikulasi di salah sebuah negeri di Malaysia. Bermula perjalanan baru Jamlus sebagai seorang siswa matrik.

Jamlus ditawarkan kursus Sains Fizikal pada awalnya dan ditempatkan didalam kulian F1 dan praktikum P2. Walaupun tidak berminat dalam kursus tersebut Jamlus terpaksa menerimanya terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran. Kuliah F1 selalunya dijalankan di kuliah 2. Kelas pertama yang dihadiri oleh Jamlus adalah kelas Kimia. Jamlus sedikit janggal dalam suasana pembelajaran dalam kuliah. Walaubagaimanapun beliau tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik. 

Jamlus seorang yang periang dan mudah tersenyum. Perlakuan Jamlus telah menarik minat seseorang, namanya Rogayah. Tapi bagi menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan dia diamkan sahaja niat di hati. 3 minggu berlalu, Jamlus berjaya menukarkan kursus sains fizikal kepada kursus sains hayat. Jadi, beliau tidak perlu lagi ke kuliah 2 kerana akan belajar di kuliah 1. Rogayah yang selalu memerhatikan Jamlus di kuliah pelik kerana sejak dua mejak ini Jamlus tidak kelihatan di kuliah. "Takkan dah pandai ponteng dia ini, baru masuk dah jadi otai" kata hati Rogayah. "Mungkin dia dah ditawarkan belajar di luar negara kot",Rogayah memujuk hatinya. "Xde rezeki kot nak berkenalan", sambung Rogayah.

Sebulan berlalu, Rogayah telah melupakan Jamlus yang menarik minatnya dulu. Tapi pagi tersebut seakan-akan menjadi takdir buat Rogayah untuk melihat Jamlus sekali lagi. Ketika itu Rogayah berada di tingkat 3 makmal manakala Jamlus berada di tingkat bawah makmal. Hati Rogayah seakan-akan terhenti kerana dapat melihat kembali Jamlus. Niat dihati ingin sahaja menjerit memanggil Jamlus tapi apa orang kata pula nanti. Rogayah pendamkan sahaja perasaan tersebut. Bagi dia cukuplah dapat melihat Jamlus itupun sudah memadai.


Akan bersambung...

No comments:

Post a Comment